Friday, May 23, 2008

Tun boleh Kritik tetapi tak boleh dikritik

oleh : Newrule
Bila dikritik Tun terus melenting, tetapi bila mengkritik sampai tidak ingat dunia , habis anak dan isteri , menantu orang dikritik. Inilah sifat Tun yang sentiasa mahu orang dengar sahaja cakap dia. Tetapi dia tak langsung mahu dengar cakap orang lain. Bagi Tun di Dunia ini dia yang paling bijak dan dia yang paling tersohor. Mungkin itu dahulu dan bukan sekarang.

Ingat-ingat lah Tun juga manusia biasa YANG PUNYA BANYAK KELEMAHAN . Tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah SWT. Belajarlah menerima kritikan agar boleh muhasabah diri untuk mencari kesilapan diri.Hidup bukan menungkat langit. Hanya amalan di dunia sahaja yang boleh di bawa ke alam berzakh nanti buka politik atau UMNO. Tinggalkan UMNO sebagai warisan seperti pemimpin lain.

Kalau Tun benar-benar cintakan bangsa dan UMNO, kenapa jadi penakut , tinggalkan UMNO setelah merobohkan UMNO dan mahu kosongkan UMNO ?????

Petikan dari blog Tun


Duri dalam daging"


Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu?


Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya. Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan

Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh. Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun.

Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak. Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri.

Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya. Tepuk dulang paku serpih.Katakan orang awak yang lebih.

ke halaman utama

22 comments:

Anonymous said...

Ah Tun lagi >>>Bosan dah dgn sikap org tua ni yang kaki gaduh.... Diakan dah keluar UMNO? asal nak sibuk-sibuk lagi, tuh lah .kritik orang boleh bila kena kritik melenting tak cukup sunia , tak sempat ayam nak berkokok dah melenting.Contoh warisan UMNO yang paling buruk saya lihat dalam sejarah UMNO.

Anonymous said...

jerlun

panggil nyanyuk kang marah lak.tapi dah memang nyanyuk dah pun

Anonymous said...

Tun super hero mana boleh kritik. Sorry la Tun

Anonymous said...

jaguh rimba

bosan lah aku dgn kelaku Tun ni, dah macam KAP LAM YE NGE. darah pun mmg dah dok ada dlm badan, so cakap pun putaq sana putaq sini.

Anonymous said...

dari dulu lagi tun memang guna buah fikiran dia je. mana dia nak dengar kata orang lain bukan ke?

Anonymous said...

dewidewi

memang berputaq putaq....sebab die kepanasan....hahahahah

Anonymous said...

aiii...pemimpin yang berdedikasi dan berkarisma harus menerima kritikan dan dijadikan iktibar...

Anonymous said...

Tun sebenarnya tersalah langkah... terpijak bom sendiri.
telajak perahu boleh diundur telajak kata buruk padahnya. padedoh!!

Unknown said...

Pak Lah pun bila pencen nanti 2x5 serupa tu le jugak, tak lebih tak kurang. Semua mantan presiden buat perangai yang sama. Ye lah, nak buat macam mana... dah UMNO tu UMNO juga.

Anonymous said...

boleh blah la tun.... kasik la peluang kat Pak Lah lak mentadbir cara dia...bukan senang nak stabilkan corak pemerintahan negara. ni tak sampai sepenggal lagipon aritu tun sibuk dah dok campur tangan..cettt

Anonymous said...

Misi Mahathir sia-sia jika Mukriz tidak keluar Umno
Oleh Harakahdaily
Selasa, 20 Mei 2008
MISI Tun Mahathir tidak akan sampai ke mana-mana dan gagal jika anaknya, Dato' Mukriz tidak bertindak keluar parti, kata Ketua Peneragan PAS Mahfuz Omar.
"Orang akan kata, ini signal kepada kelompok yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bertindak keluar parti, tetapi orang akan melihat bahawa jika Mukriz tidak bertindak mengikuti jejak ayahnya ia satu usaha yang gagal," kata Mahfuz yang dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mahfuz, Sanusi dan Mukriz adalah antara individu yang cukup kuat duduk di belakang Tun Mahathir sejak dua tahun lalu apabila bekas Perdana Menteri itu mula mengkritik Perdana Menteri.

Sementara itu mengulas mengenai tindakan Mahathir mengumumkan keluar Umno, Mahfuz berkata, isu tersebut jangan hanya dilihat sebagai masalah Umno, sebaliknya ia adalah masalah pentadbiran negara.

Ujarnya, krisis kepimpinan negara yang parah hari ini menyebabkan negarawan seperti Tun Mahathir akan melakukan tindakan luar biasa semata-mata untuk membersihkan kepimpinan negara.

Meskipun ketika Mahathir memerintah 22 tahun lalu, beliau turut dikaitkan dengan masalah pentadbiran, namun kata Mahfuz kini Mahathir sendiri telah melihat betapa pentingnya masalah itu diperbaiki.

Beliau juga berkata, tindakan Mahathir ini juga tidak boleh dilihat ada kaitan dengan isu Suruhanjaya Video Lingam.

Mari kita masuk PAS, TUN pun nak masuk PAS.

Cuba dulu baru tahu.

Anonymous said...

putera iman

dah la Tun...tua dah..bwkla berehat dalam dunia politik ni...bila org tegur nak melenting...huhuhu...betol la tu dewidewi ckp mula kepanasan...

Anonymous said...

Apa ni orang PAS tersalah URL ke?

Mat sabu kalau mengata orang dia yang lebih. kang aku bongkarkan kes khalwat kau kang...

Anonymous said...

Arman

MISI Tun Mahathir tidak akan sampai ke mana-mana dan gagal jika anaknya, Dato' Mukriz tidak bertindak keluar parti, kata Ketua Peneragan PAS Mahfuz Omar.

* ada logiknya di sini

Anonymous said...

jerlun

awat..super hero x leh mati ka??? mati gak kan..so x yah la dok hentam sana hentam sini Tun pun sama ja x da beza..

Anonymous said...

jaguh rimba

jangan silap..zaman Tun mana ada mantan yg gila macam dia.mantan semua dok kena zip mulut depa oleh Tun. media x bole buat liputan langsung kat manta,tu la keje Tun. tapi la ni dia dah jadi mantan,org x pernah sekat pun apa dia nak kata or kritik, cuma kritikan Tun agak kurang ajar bunyinye..dan melampaui batas

Anonymous said...

ketayap putih

dah2 semua org jangan dok kalut.apa kata kita pujuk Tun masok PAS? kan senang abis cerita :D

Anonymous said...

Tun... dia dah banyak kali nak mati, tapi tak mati-mati jugak... sebab itu aku gelar Tun Superhero...

Anonymous said...

jerlun

ha bagus la tu, jgn dok menyemak kat UMNO pi dok kat dalam PAS tu.sekurang2 nya ada faedah.

Anonymous said...

betul-betul tu...Nik Aziz kata "Welcome to PAS"... nanti aku bongkarkan lagi...

Anonymous said...

tun dah x larat n dah tua elok2 lah tun berehat dok kat rmh main dgn cucu2 tun . . biar lah pemimpin baru kita mulakan perjuangan yg belum selesai lg . .

Anonymous said...

banyak2 blogspot, inilah blogspot yg terbodoh penah sya baca...dipenuhi bloggers pro paklah yg bertaraf mat rempit...sakit ati membacanya..saya agak blogspot ni dibarisi oleh tidak lebih dari 15 ahli yg kerjanya menulis tanpa berfikir..walaubagaimanapun, ia tetap melambangkan kebodohan blogspot ni..