Wednesday, May 21, 2008

Manusia 'terkaya' pula keluar UMNO


SEORANG lagi keluar Umno. Kali ini, anak kedua mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir yang pernah dalam tahun 2007, diberi gelaran manusia ke 28 terkaya di Malaysia, oleh majalah Forbes.Dia adalah ahli Umno dalam Bahagian Merbok, salah satu kerusi yang BN tewas dalam pilihan raya yang lalu.


Khabarnya dia menghantar surat memberitahu keluar dari Umno ke Pejabat Umno Bahagian Merbok melalui faks.Ketika Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno, Mokhzani pernah dilantik menjadi Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda Umno dan jawatan yang sama di Bahagian Merbok.


Ada satu sumber lagi memberitahu, Mokhzani juga pernah dilantik menjadi Bendahari Umno Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah .Hari ini, Mokhzani adalah Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang dan seorang usahawan yang cukup Berjaya.


Tidak pula diketahui adakah dia kaya kerana 'budi dan jasa Umno' atau tidak tetapi, ada sumber memberitahu, dia mencipta kekayaan dengan bantuan Perdana Menteri ketika itu, iaitu ayahandanya sendiri, walaupun tiada siapa boleh mengesahkan macam mana mekanisme.


Perdana Menteri ketika itu, menyalurkan bantuan.Berusia 47 tahun, mampu hidup selesa walaupun meninggalkan Umno, Mokhzani sebenarnya tidak perlu kepada Umno lagi dan boleh terus bernaung di bawah ketiak kedua-dua orang tuanya yang didakwa cukup banyak berjasa kepada negara ini.


Cuma, tidak pula ada pihak yang mahu membuat dakwaan, sebenarnya Umno, negara dan bangsa Melayulah yang cukup banyak berjasa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai 'duri dalam daging' oleh bekas sahabatnya '2M', Tun Musa Hitam.Boleh Dr. Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tanpa 'kawan-kawannya' yang terus menerus mempertahankannya termasuk Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?


Dr. Mahathir sebenarnya tidak akan mampu berbuat apa-apa kalau dia 'berseorangan dan bersendirian' dalam Umno.Orang-orang Umno (termasuk ahli-ahli parti) sudah tidak sanggup lagi berketuakan Dr. Mahathir Mohamad tetapi 'menteri-menteri dan ketua-ketua bahagian' mempertahankannya hingga ada yang terpaksa kalah kerana mempertahankan Dr. Mahathir.


Apakah Mukhriz dan Mokhzani (termasuk yang lain-lain) tidak langsung menikmati budi dan jasa Umno yang hendak dipermain-mainkan sekarang? Hari ini, mereka nak keluar, mereka umum keluar dan esok (seperti yang mereka kata, selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur), mereka akan masuk balik.


Adakah Umno ini parti 'keluar masuk' seperti tidak ada 'peraturan dan perlembagaan?'Orang seperti ini, sepatutnya dilarang untuk terus masuk semula ke dalam parti yang 'keramat' seperti Umno.


Tepatlah seperti perlawaan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, PKR mempelawa Dr. Mahathir (dan anak-anaknya) untuk menyertai partinya yang 'berbilang bangsa dan berbilang kaum' itu.Bertuahlah Dr. Wan Azizah (dan tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali) jika Dr. Mahathir sedia menyertai PKR dan kalau boleh, carikan satu kerusi Parlimen untuk Dr. Mahathir bertanding dan melantiknya menjadi Ketua Pembangkang.


Inilah yang diidam-idamkan PKR, Pas dan DAP, kerana mereka nampak hanya Dr. Mahathir yang mampu 'menumpaskan' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Seorang lagi, Datuk Dr. Affifuddin Omar yang kini menjadi 'penganjur' kepada Tengku Razaleigh Hamzah di Kedah juga nampaknya sudah secara lantang mengeluarkan suaranya yang selama ini dilihat sama seperti 'duri dalam daging' kepada Umno Padang Terap.


Dia pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Padang Terap tetapi apabila dia tidak dipilih menjadi calon, dia tidak keluar mengundi dalam pilihan raya. Tidak hairanlah, sebagai seorang bijak pandai yang hidup kaya raya sekarang, dikalahkan seorang bekas Posmen bernama Datuk Ghazali Ibrahim yang juga baru ditewaskan dalam pilihan raya yang baru lalu.


Dr. Mahathir yang menggugurkannya dari menjadi calon tetapi Dr. Affifuddin bercerita dengan orang lain, Tan Sri Sanusi Junid yang menggugurkannya.Sanusi mungkin tidak dapat menerima kehadiran Dr. Affifuddin kerana Dr. Affifuddin dilihat sebagai 'budak Anwar Ibrahim' manakala Sanusi memang tidak dapat menerima kehadiran Anwar dalam Umno.Hari ini, Affifuddin turut 'yakin' dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir, 'budak-budak di tingkat 4' adalah penyebab kepada kekalahan BN di Kedah.


"Dulu saya tidak percaya apa yang dicakapkan oleh Dr. Mahathir tetapi hari ini saya sahkan, kata-kata itu betul," Dr. Affifuddin dipetik sebagai berkata di hadapan satu majlis yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah di Kedah. Dr. Affifuddin pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan tetapi kemudiannya Dr. Mahathir memidahkannya ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Menteri dan tidak merasa kerusi Menteri hinggalah dia digugurkan.Baguslah kalau Dr. Mahathir, Mokhzani, Mukhriz dan Dr. Affifuddin sudah 'keluar dari daging' kerana selama ini, tingkah laku mereka hanya dilihat bercakap di belakang-belakang, tetapi kini, secara terbuka dan menunjukkan belangnya.


Mereka ini semuanya sudah terlalu kaya dan tidak ada masa untuk menjadi pejuang kemiskinan seperti yang diharap-harapkan rakyat bawahan. Masa mereka perlu mereka gunakan untuk 'berjoli' dengan keluarga mereka, kerana duit yang mereka kumpul selama ini perlu mereka habiskan sebelum 'nyawa mereka bercerai dari badan'.


Tidak perlulah orang-orang Umno (khususnya ahli-ahli Umno) terikut-ikut tingkah laku orang-orang yang super kaya seperti mereka ini, meninggalkan Umno dengan caci-cacian. Belum pernah berlaku dalam sejarah, individu menang mengalahkan jemaah. Umno adalah jemaah.Dr. Mahathir dan yang bersama-samanya adalah individu.Keluarlah dari Umno jika mereka berniat mahu mengkhianati Umno yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan Negara.


Betul seperti kata Ketua Umno Bahagian Ketereh, Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, bahawa Dr. Mahathir memecat dirinya sendiri selepas dia puas memecat orang lain ketika dia berkuasa dahulu.Orang-orang Umno di Kedah, ketua mereka sekarang adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang didatangkan ketika masa dan waktu yang kurang sesuai. Tetapi dia mempunyai agenda tersendiri dalam memperkukuhkan parti.


Memang tugasnya bukan mudah tetapi inilah harga yang perlu dia bayar kerana Kedah memang negeri 'orang pandai bercakap, tetapi bekerjanya kurang'.Mahdzir tidak perlu berundur kerana desakan atau permintaan sesiapa. Tugas Mahdzir sekarang, kumpulkan 'bara-bara' yang masih ada, hembus dan nyalakan semula api yang boleh menjadikan Umno kembali 'panas' dan hidup untuk terus memperjuangkan bangsa, agama dan negara.Ingat, zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Kelantan, Terengganu dan Sabah pernah jatuh ke tangan pembangkang.


Pulau Pinang pernah hilang suara 2/3 hingga menyebabkan DAP kelihatan seperti 'kemaruk' inginkan kuasa, suatu ketika dahulu.Banyak kerusi Parlimen jatuh ke tangan pembangkang, termasuk Kedah negeri di mana Perdana Menteri (ketika itu) datang. Kenapa Dr. Mahathir tidak langsung mahu bermuhasabah diri? Kenapa sekarang sahaja dia nampak, Umno dan BN semakin lemah?


Kenapa ketika dia 'terkena' pukulan seperti ini, dia tidak mahu berundur?Satu perkara lagi, Dr. Mahathir tidak dengarkah desakan meminta dia berundur yang dibuat Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn? Bukankah dia berundur kerana dia sudah merasakan terlalu lama menjadi PM dan bukan atas desakan?


Jika itu yang dia lakukan, kenapa dia mahu 'mendesak dan mendesak' sedangkan dia sendiri tidak mahu berhenti kerana desakan?Jika dia mahu berundur ketika Umno kuat dan berlaku penyerahan kuasa ketika sokongan terhadap parti, bulat… dia sepatutnya tersindir (dan terpukul) bila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah menggunakan ayat-ayat yang pernah digunakannya.Dr. Mahathir sudah melalui satu zaman yang dia sendiri tahu, apakah 'kuasa' yang telah digunakannya. Sanusi Junid juga begitu.


Ketika dia menjadi MB Kedah, bukan sedikit 'dicantasnya' orang-orang yang dia tidak suka. Dr. Affifuddin merasakan dia adalah bijak pandai mewarisi 'demang lebar daun' yang dibaca dari buku sejarah. Mokhzani dan Mukhriz tidak dapat tidak adalah 'penyokong' Dr. Mahathir. Tetapi satu perkara yang Mukhriz perlu akui, dia dapat bertanding bukan kerana dia 'layak' tetapi kerana Pak lah hendak beri peluang kepada anak Dr. Mahathir.


Dia bukan ada jawatan penting di bahagian. Bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu pun, tewas. Begitu juga dengan Dr. Mahathir.Dia tewas dalam usahanya hendak menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur.Walaupun dia mendakwa berlaku sekat menyekat, sebenarnya di zaman dia menjadi Presiden Umno, sekat menyekat ini adalah yang paling 'teruk berlaku'. Cuba bertanya dengan Tan Sri Napsiah Omar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Zein Isma Ismail.


Pernahkah mereka membuat dakwaan mengatakan pencalonan mereka disekat?Apa tindakan Dr. Mahathir ketika itu? Disebabkan dia tidak pernah dikalahkan dalam pemilihan Umno Bahagian Kubang Pasu dan terus menang sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden Umno, maka 'cerita sekat menyekat' tidak termasuk dalam fikirannya.


Malahan, dia macam tidak ambil peduli keluhan orang-orang di bawahnya mengenai cerita 'sekat menyekat'.Dia sudah terlalu lama berkuasa, terlalu lama hidup mewah dan terlalu lama dapat berucap di depan ribuan manusia yang sentiasa bertepuk setipa kali dia berucap. Maka, izinkanlah dia meneruskan hobinya itu kerana dia akan terus kaya raya, terus hidup mewah dan satu sahaja yang dia tidak dapat sekarang ini, kembali menjadi Perdana Menteri (dan Presiden Umno) yang pernah parti ini musnah di tangannya.

3 comments:

Anonymous said...

Those jerks again. we all should ask them to go and "fly kites",,,,

Anonymous said...

Apa pun tahniah la Umno Penang & Kedah sebab menang sorak negeri tergadai. Macam mana negeri Pak Lah sendiri pun BN blh kalah? Tak kan Pak lah tak nak bertanggung jawab? Tu la hang jgn la kutuk Tun M tu sebab la hangpa kalah teruk, terima la balasan tuhan. Malu la jadi Umno Penang yg sekarang ni diperintah oleh Cina. Walaupun Umno Penang ada pemimpin2 yg dikatakan hebat mcm Pak Lah, dato zainal, dato noresah, rizal merican ,Utz Firdaus dll tapi kenapa rakyat tolak BN hangpa tak pikiak ka? Jawapnya hangpa semua banyak sangat kutut Tun M. Dah kalah PRU pun la ni nak kutuk Tun M. Hangpa semua tak malu ka & tak sedar diri ka?
Hangpa org Penang tak rasa terhina ka bila pak lah & KJ kayakan Patrick Lim & Scomi dapat bnyk kontrak kat Penang termasuk monorail, rakyat sedar & meluat tapi hangpa ni tak sedar2 lagi. Hangpa tak tau ka sedara pak lah kamal bilal dah kaya la ni sebab pak lah jadi PM. Rakyat tahu tapi hangpa buta ka?
Aku nak tanya hangpa selaku ahli KPMU konon, sebab apa menantu pak lah KJ jumpa Anwar Ibrahim sebaik saja Anwar kelaur jail? Dia kata nak gi bagi paspot Anwar. Sejak bila dia kerja dgn imigresen atau pun sejak bila dia jadi posmen si Anwar tu? Hangpa semua boleh tak jawab? Pak Lah pun tak pernah jawab kan?
Pasai KJ ada syer dlm ECM Libra hanga blh jawab tak? Bila pulak dia pinjam duit kawan berjuta utk beli saham ECM Libra?
Pasai Islam Hadari, boleh ka Islam benarkan anak bini bukak aurat? Boleh ka Islam hadari halalkan Pak Lah pegang Michel Yeoh? Hangpa blh jawab ka?
Hangpa blh jawab ka mcm mana Scomi blh dapat kontrak berbilion masa Pak Lah jadi PM?
Hangpa blh jawab ka kenapa Pak Lah baik sangat dgn Spore & kenapa Pak Lah suka sangat pegi Australia?
Hangpa blh jawab ka mcm mana Spore blh duduk dlm pembangunan wilayah Iskandar?
Hangpa blh jawab ka mcm mana Pak Lah blh ambik Zaki ketua pemuda putrajaya sebagai pegawai khas sedangkan jawatankuasa displin umno dapati dia brsalah salahlaku masa bertanding ketua pemuda putrajaya?
Hangpa blh jawab ka kenapa Pak Lah suka tertidok?
Hangpa blh jawab ka kenapa majoriti pak lah merosot masa PRU?
Hangpa blh jjawab ka kenapa masa pak lah perintah bangsa india berani tunjuk perasaan, mmasa zaman Tun M tak dak pun?
Hangpa blh jawabkan betui ka Islam hadiri halalkan pak lah sertai Pesta Ponggol Hindu & Pak lah umumkan cuti Taipusam utk wilayah persekutuan, zaman Tun M dia tak layan pun hindu minta cuti thaipusam?
Hangpa blh jawab ka betui ka islam hadairi halalkan pak lah gi tengok teater putri gunang ledang dan bersalaman dgn tiara yg berkemban?
Hangpa semuaa pejuang bangsa & agama mesti bercakap benar & kalau tak tahu jawab tanya la ust firdaus, kj ka, rizal marican ka supaya senang aku terangkan kpd pengundi2 nanti.
Lagi satu berhentila kutuk Tun M sebab hangpa semua org yg kalah masa pru & hangpa semua tak hebat pun mcm Tun M. hangpa semua hebat membodek ja.

Anonymous said...

aku memang setuju sangat dengan "pemuda UMNO negeri yang menang.. hanpa semua membodek memalukan kami UMNO di negeri yang menang.. Pak lAh.. Walk The TAlk.. Get Down before We Pull You out from that Very seat... Please.. before its too late..
and pada pembodek2 and yes man, ingat lah Islam adalah Islam.. takda manhaj2 ataupun cara lain kecuali ISLAM. bukan ada hari ada had..