Friday, May 23, 2008

Nawaitu Tun Razak dan Tun Mahathir berbeza

Sdr Pengarang saya amat tertarik dan terpanggil untuk mengulas: Keyataan Tun
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

Perbezaan Tun dan Allahyarham Tun Razak . Tun Abdul Razak mengkritik Dato' Onn tidak keterlaluan sehingga melibatkan perpecahan dalam UMNO tanpa melibatkan kesetabilan UMNO. Tun juga tidak membabitkan keseluruhan keluarga Dato' Onn dan tidak pula meminta Dato' onn melepaskan jawatan. Nawaitu Tun Razak dan Tun adalah berbeza kerana nawaitu Tun adalah demi parti dan nawaitu Tun jelas kerana bencikan Pak Lah.

Bermulanya kritikan Tun adalah ketika Pak Lah membatalkan dua projek besar , 1> Jambatan bengkok 2) Rail berkembar yang mana kedua-dua ini melibatkan kroni Tu Syed Mokhtar yang merupakan antara orang terkaya di Malaysia.

Dato' Jaafar keluar parti tanpa menyeru semua ahli keluar dari parti dan tidak menyeru agar semua Ahli Parlimen untuk lompat parti, Ini bukan kerana sayangkan UMNO. Ini mahu menghancurkan terus UMNO yang sudah punah sejak era Mahathirisma. UMNO berpecah dua ketika tertubuhnya semangat 46 , UMNO berpecah lagi ketika tertubuhnya semangat 46 dan UMNO berpecah lagi setelah Tun bersara. Apa yang tinggal mahu dikeluarkan semua. Inikah dikatakan sayangkan UMNO.

Nasib baik ahli UMNO tidak sebodoh dan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Tun , jika tidak apa yang tinggal dalam UMNO. Habis diratah oleh Tun, Hancur UMNO dicincang oleh Tun. Juak - juak Tun kini sudah kemaluan dan menuduh ahli UMNO , ketua cawangan dan ahli parlimen sudah dibeli , sedangkan Mukhriz dan mereka ini sendiri tidak mahu keluar dari UMNO.Siapa pula yang beli mereka ini.

Kehalaman utama

30 comments:

Anonymous said...

Betul lah tuh...Asal banyak sangat pusing dia ni...bosan lah.ok lah ok lah...whatever lah, terlalu banyak pusing rakyat dari suka naik meluat. Betullah saya pun dah meluat. apa saja kita cakap dgn orang tuh dia akan putar balik sampai naik pening mata kita. Ok lah tak apa lah keluarlah dan yg lain tuh bila nak keluar dari gelanggang kami yg cintakan UMNO ini.

Anonymous said...

tak ada bezanya, yg penting Pak lah perlu berundur.UMNO dah x nak Pak lah . X kan x faham lagi. Gantikan saja dgn Presiden baru

Anonymous said...

semua letak jawatan senang.
biar yg muda pulak menerajui UMNO..
yg tua tuh duk umah wat amal ibadat..kan bagus..

Anonymous said...

astaga..whyla so stupid penulisan si kpmu utara ini?!! anda cuba menekankan bahawa nawaitu kedua2nya berbeza melalui cara pendekatan. Saudara, pendekatan itu tentunya berbeza tetapi niat itu tetap sama, iaitu untuk menyelamatkan umno dan bangsa melalui daripada meneruskan kepincangan. Umno telah kalah di lima negeri. Apakah ini tidak menyedarkan kita bahawa rakyat sudah mulai bosan dan muak dgn kepimpinan paklah yg lemah dan bersifat kekeluargaan? Janganlah kita menyalahkan TDM dengan kemerosotan undi dan kekalahan lima negeri tersebut. Apakah saudara beranggapan rakyat bodoh dan menerima setiap kritikaan TDM tanpa menggunakan akal fikiran lagi. Andainya perjuangan dan kritikan TDM itu tidak berasas, masakan rakyat cuba membuktikan undi protes terhadap kerajaan paklah. Saudara jgnlah mengungkitkan peristiwa pembatalan jambatan bengkok dan rel berkembar sbg bukti kebencian TDM terhadap paklah. TDM telah mempersoalkan kewajaran pembatalan projek2 tersebut, tetapi apakah jawapan kerajaan paklah? pertamanya, kerajaan paklah mengatakan untuk kebaikan rakyat walaupun 2 minggu sebelumnya ia menyatakan utnk meneruskan projek2 tersebut utk kebaikan rakyat. Apakah rasionalnya perubahan keputusan dalm suatu masa yg sangat singkat? Ia melambangkan satu kerajaan yg lemah tanpa pendirian. Yang keduanya, ia menyatakan demi kedaulatan negara apabila menyedari alasan pertama tidak rasional. Apabila diminta oleh TDM akan surat2 antara kerajaan singapura, kerajaan paklah menyatakan tidak boleh kerana dilindungi oleh akta rahsia. Namun kerajaan paklah cukup tidak bijak tanpa menyedari hakikat surat2 tersebut boleh diperolehi di negara jiran dgn mudahnya. Akhirnya, segala dolak dalik kerajaan paklah terbongkar lagi. Alasan yg kedua pun tidak terpakai. Jadi apakah alasan sebenar pembatalan2 projek2 tersebut. Masakan DYMM Johor pun menentang arus kerajaan paklah apabila menyatakan terang-terangan dalam ucapannya baginda di hadapan paklah tentang sokongan baginda terhadap projek jambatan bengkok itu.

Wahai saudara kpmu utara, sya syorkan saudara berhentilah menulis
lagi kalau apa yg saudara perjuangkan adalah periuk nasi saudara sahaja.

Apa yg dimaksudkan sebenarnya oleh TDM ialah menentang presiden bukanlah bermakna tidak setia kepada parti. Presiden adalah ahli parti yg dilantik untuk memimpin parti. Jika pemimpin parti pincang, apakah dengan menentang pemimpin utk kebaikan parti kita menjadi tidak setia dan sayang kepada parti?

Saudara, TDM hanya meminta paklah bertanggungjawab terhadap kekalahan besar BN dlm PRU12 yg lalu. TDM khuatir jika paklah tidak berundur, perpecahan demi perpecahan akan terus berlaku lagi. TDM hanya meminta paklah berundur dan timbalannya mengambil alih utk menyelamatkan parti. Apakah ini membuktikan ketidaksetiaan terhadap parti? Timbalannya lebih bijak dan sya yakin dgn pengambilalihan kuasa, parti akan lebih kuat dan stabil. Apakah saudara tidak mahu ia berlaku? Kita cuma mahu pemimpin yg ditukar. Banyak perkara yg tidak baik tentang paklah..jgnlah saudara cuba pura2 tidak tahu akannya.

Sekian terima kasih.

Daripada ahli UMNO yg setia dan sayang kepada parti tetapi menentang corak kepimpinan paklah. APakah saudara melabelkan saya sbg tidak sayangkan dan setia pada parti? Saya cuma mahu parti tidak hancur berpecah itu sahaja.

Anonymous said...

tun mahathir bersunguh2 suruh pak lah meletak jwtn dr jawatan perdana menteri . . mkin tun ada sebab2 tertentu knapa suruh paklah meletak jawatn dr jawatn p.m itu . . mkin tun nak menyembunyikan kesilapan tun semasa dia memegang jawatan p.m di masa yg zaman dia memerintah negara dulu . . rasanye pak lah skrg sdg menegakkan keadilan negara . .

Anonymous said...

jika smua pemimpin2 yg nak mengikut jejak tun keluar dr umno o.k jgk . . . biar lah generasi muda yg menerajui umno buat pemerentahan baru . . . pemerentahan yg bakal mengegarkan negara ini . . .

Anonymous said...

mmg berbeza . . . tun razak memerentah negara ini sbb org2 melayu memperjuangkan utk bangsa dan negara, mahathir memerentah negara sbb kekayaan yg sdg dikecapi dgn ank2nya, rasanye ada org2 melayu skrg hidup dinegara sendiri dah mcm pendatang . . . c

Anonymous said...

En new update, zaman Pak Lah yg tak sampai dulu term kita tengok
1. Scomi & kamaluddin jadi kaya raya gn projek berbilion-bilion.
2. Saham KJ dlm ECM libra, lepas tu dia kata pinjam duit kawan berjuta-juta utk beli ECM Libra.
3. Sedara pak Lah Dato kamal bilal tiba-tiba jadi kaya & kita pun tak tahu apa dia berniaga.
4. KJ & Nori boleh buka butik mewah kat KL,
dan macam-macam lagi jadi kaya raya. Ini baru sekejap jadi PM, kalau 22 tahun mcm Tun M, kita rakyat bertambah miskin &keluarga Pak lah akan kaya raya.
KPMU Utara tak sedar ke Pak Lah ada sedara baru iatu Patrick Badawai @ Patrick Lah kawan KJ yg sekarang ni kaya raya.
Orang Pulau Pinang sendiri dah tolak Pak Lah & undi pembangkang, hangpa semua termasuk pak lah tak sedar ke?

Anonymous said...

jerlun.

sdr kebunalam,apa yg sdr katakan itu mmg ada benarnya, tetapi ingin saya menyentuh ttg kekalah BN spt yg dikatakan oleh TDM bahawa paklah harus betanggunjawab,ya mmg betul, tapi cubalah saudara lihat sendiri bagaimana TDM dgn lancang mengkritik dan terus mengritik PM, ini sudah menjadi tiket besar untuk pembangkang, org UMNO sendiri kutuk UMNO tak ke haru jadinya, sedangkan kita semua tau TDM mmg org yg bijak,takan takde cara lain kot utk perbetulkan cara pak lah? mengapa TDM memerlukan liputan media yg meluas utk menjatuhkan paklah yakni ahli UMNO itu sendiri(mmg cara org melayu yg suka bertelagah sesama bangsa).TDM masih mempunyai pengaruh yg kuat,jadi apa isu yg dikatakan beliau walupun tidak benar kita pasti mempercayainya, x byk sikit pun mesti ada.tul tak? sudah2 lah tu..tgk bangsa lain tu..pemimpin parti pembangkang dan parti komponen BN sentiasa tolong menolong secara senyap tu pun kita x nampak lagi ke???

Lagi satu cuba lah ingat zaman TDM, dia mengarahkan jgn ada sebarang liputan diberi kpd mantan PM ketika itu..mantan PM tidak boleh bersuara dan mempertikaikan apa sahaja cara TDM, selama 22thn TDM memerintah, dia x de mantan yg boleh mencuit dia, tapi dizaman pak lah, tepaksa menerima hakikat yg kita mempunyai mantan yg tak habis2 nak buat isu.... jadi ada pros n cons dia jgn disebabkan satu perkara semuanya mesti di halakan terhadap paklah

P/S: kalau kita tgh buat kerja anak anak dok bising n mengangu kita, rasanye tercabar tak keimanan kita??? pikir la sendiri.kalau hari2 kena gangu sape yg boleh tahan....

Anonymous said...

laa..tun tu, apa salahnya bagi paklah 22 tahun lagi memerintah macam tun dulu tu. makin lama makin banyak harta boleh kumpulkan. ngapa tun boleh, orang lain tak boleh.malaysia boleh kan.melayu pun boleh.pelik betul manusia ni...masih tak puas-puas.melayu takkan hilang di dunia ni.taulah org baru nak atur dgn cara mereka sendiri..

Anonymous said...

Kannabunalan tahu baca ke x tahu baca , macam bingai saja , org cerita lain ko cerita lain. Org cerita beza nawaitu Tun Razak dan tum madey ko cerita pasal lain.i sama lah mcm mamak tuh duk pusing cerita. Hang sendiri ckp rakyat x bodoh rakyat fikir apa yg tun kritik. betul lah sbb tun , yg bezanya yg tun kritik tuh ada sbb tersendiri dan kerana kebencian ,. Sama juga dgn pembangkng duk taboq fitnah hari-hari org bingai macam hang percaya juga, BN kalah 4 negeri tak dpt tawan satu negeri tapi hang tak cerita berapa negeri BN menang dan berapaAhli parlimen yg BN meneng. Bn tak kalah , kalau kalah tentu BR dah jadi kerajaan , hang tak sekolah ka....sebab kita hilang tuh mcm hang ckp lah , rakyat sebenar nya tidak bangang, tapi sekarang ramai yg mengaku bangang, tertipu dgn juak juak mcm hang. Yg tun siubuk nak masuk campur sgt pasai UMNO ni kenapa. Dia bukan ahli UMNO lagi , dulu pun dia dah x patut campur..siapa Tun tuh, apa kuasa dia , dulu time dia jadi mahazalim dah habis dah....korang tak nak cderita ke pasal tun bail out syarikat anak dai sebanayak 700 juta, hang tak nak cerita ka pasal direct nego buat KLIA dan KLCC, Hang x nak cerita ke macam aman mukhriz boleh kaya menjadi pengerusi syrky minyak kencana , bukan ke guna rasuah tun dan gunakan hak petronas , aman dia dapat duit utk bangunkan syarikat kencana.Bukan mudah untuk pinjam duit utk syarikat oil and gas.Tak mahu cerita ke mukhriz jual pantai ke parkway, Fomena dll.Hang tak nak cerita ka mcm mana Kencana dapat projek RM 800 juta dari Petronas mereka jv dgn syarikat Thai walaupun itu tender terbuka tapi hang tau lah bila anak Tun dapat mcm mana depa duk buat, hak ni semua hang buat tak tahu. Pikiaq lah sendiri dan jawab no...buat research. sah bangangnya hang cakap macam cakap ikut sedap saja putaq mcm mamak line clear aja.

Anonymous said...

Dulu masa Ku Li , Pa Lah , tun dan org melayu tentang Tun dlm UMNO Tun menang tips saja, org melayu dah x suka masa itu knp Tun tak letak jawatan , Knp tun lawan dan buat mcm2 cara utk menang, yg tuh tun x nak cerita, tapi bezanya mrk ni x lah burukkan tun mcm tun duk buat pak lah skrg , mcm UMNO milik dia, UMNO aka Madey UMNO SDN BHD. Dah keluar tuh syukurlah....ko tgk pol kat baca ah....rakyat sebenar nya malas nak bising mcm tin kosong. Pengajaran buat tun bila x dak orang nak ikut dia keluar UMNO tak ada ahli parlimen nak lompat parti, malu ooooo hangapa pun x nak kuar UMNO, Hu hu hu

Anonymous said...

parit buntar

lantaq pi la pak lah nk main duit ka kayakan keluarga ka..cuba hangpa semua jadi PM sama ja kot perangai hangpa semua?? kita ni melayu,culture kita x penah ubah, pendengki,tamak,cakap x serupa bikin, lebih2 lagi kalau yg bedarah campuq cam TDM tu ,mmg pandai berputaq belit..bosan la asyik2 TUN TUN TUN TUN nk masok campur , dok diam diam x leh ka??

Anonymous said...

bila sesama saudara dah bergaduh dan bertikam lidah,takde nye org luar akan mempercayai kedua saudara tersebut, org luar akan mula memperkatakan yg buruk2 shj terhadap dua saudara yg bertelagah, TUN mengutuk kepimpinan UMNO samala dgn dia mengutuk saudaranya sendiri, dan mengutuk diri nya sendiri,kepimpinan 22 thn TUN itu yg merosakan parti, adakah masa 5 thn cukup tuk pulihkan nya?

Anonymous said...

saudara otai siber,

sya yakin saudara yg sudah menjadi bingung. Cuba saudara baca balik post saya..tiga empat kali baca pun takpe, yg terpenting sekali saudara akhirnya faham dan bukan menulis atas hati yg penuh kebencian pada TDM.

Bila masa mukhriz jadi pengerusi kencana? Inikah research yg saudara dah buat? yg sebenarnya, mokhzani. beliau telah menjadi Non-Independent Executive Chairman sejak 25 nov 2004 (masa ayahnya dah lama dah berhenti). Saudara, apakah yg dimaksudkann dgn Non-Independent Executive Chairman? Cuba saudara tolong jawab ni dulu. Beliau adalah antara bumiputera yg bijak pandai dalam hal petroleum dan mempunyai ijazah dalam kejuruteraan petroleum. Hanya beliau sahaja yg mempunyai kelulusan tersbut didalam senarai ahli lembaga pengarah.

APa yg saudara katakan ttg bail out sbyk RM700 juta tu? syarikat apa tu? TDM memang ada bail out byk syarikat bumiputera semasa kegawatan ekonomi thn 97. Saudara bukan bangang kan..? agak2nya syarikat2 apa yg kena bail out tu ya? Mostly, syarikat bumiputera yg mempunyai beribu2 kakitangan bumiputera. andainya tidak di bail out, nescaya, ramai yg akan kita lihat bumiputera2 yg gagal dan menganggur. TDM terpaksa membantu syarikat2 ini untuk bumiputera. Kegawatan bukan hanya dirasai oleh malaysia tetapi seluruh dunia specially asia. Siapa yg menyarankan pelan menyelamatkan malaysia daripada kegawatan ini. pelan yg menongkah arus..yg akhirnya dipuji oleh IMF dan bank dunia. TDM telah menyelamatkan malaysia daripda menjadi seperti Indonesia dan negara2 yg menerima bantuan IMF. Indonesia tidak dapat tidak terpaksa mengorbankan hak keistimewaan warganegaranya kerana polisi ekonomi seharusnya mengambili kira polisi pemberi hutangnya iaitu IMF. ANdaikata, kita menerima pakai usul oleh DSAI utk IMF itu, nescaya, kita langsung tidk akn mempunyai polisi seperti DEB itu lagi. Walaumacamanapun saudara, keputusan ttg bail out ini, hanyalah utk menyelamatkan berpuluh2 ribu bumiputera drp hilang punca pendapatan/pekerjaan dan juga menyelamatkan khazanah2 negara spt telekom, tnb, uem dll.

ttg project direct nego. saudara, pelan pembangunan seperti KLIA dan KLCC bukanlah projek yg calang2. Malah ia melibatkan penglibatan daripada kepakaran luar negara. Bagaimana kita boli katakan projek2 tersebut boli di open tender..tidak
wajar kan saudara.? Biar saya tolong bagitau saudara, projek2 kecil2lan sperti projek2 sekolah pun masi under direct nego. cuba saudara pegi ke kementerian pelajaran malaysia, tanya kalu ada projek sekolah yg di gazzette sbg open tender. Zaman pak lah, nak dapatkan open tender, bersyukurlah kita. Saudara, belek2kan lah surat2 khabar, kalu ada projek2 klas A, B & C yg diwartakan sbg open tender. Melalui kempennya, seolah2 beribu2 peluang projek yg ditawarkan, namun apa projek yg ada open tender? kita tidak nampak pun..

Nampaknya, saudara sgt sibuk. Sebab itulah saudara tidak dpt membuat research dgn lebih terperinci. Saudara mungkin dgr kawan2 bercerita dan lepas tu saudara tolong post kan di blog ni. itu bukan caranya saudara. Pertama2nya, saudara tidak membuat research tetapi berani membuat kenyataan yg sy bangang. logik ka tu saudara? patut ka?
Yg keduanya, mcm konfiden jer suru org buat research tapi sendiri pun cuma dgr khabr2 angin..heeee..buktinya saudara tidak membuat research bahkan khabr angin semata adalah berkenaan bila masa mukhriz jadi pengerusi kencana..

Anonymous said...

ha ha memanglah Miukhzani bukan mukriz buakn bererti tidak buat research cuma slip of fingger, Mukriz dgn OPCOM, sekurang-kurangnya ngaku, awak tak tahu ke atau buat-buat tak tahu atau memang tak tahu , Tun bail out syrikat perkapalan MISC, kalau tak tahu buat lah research.Direct nego , betul lah tapi siapa yg dapat projek ini , cuba lah cerita sikit kalau bukan kroni-kroni Tun tanya lah sendiri dengan Syed mokhtar berapa banyak kontrak direct nego dia dapat, buat lah research, tun sendiri ngaku berikan direct nego kpd POPCOM kontrak lebih 500 juta dari TNB, Nak dengar si kebunnalan jawab.

Anonymous said...

nak tany sikit lagi ,mcm mana mukhzani boleh jadi org ke 20 terkaya di Malaysia, TYun x tolong ka...ha ha ha ha..kalau Tun tuh tukang kebun hang ingat Mukhzani nak jadi org yg 50 juta terkaya pun susah.

Anonymous said...

jerlun

kalau dh nama pm x kan lah xde sikit pun TDM mengayakan kroni dia, tipulah kalau tun xde huluq skit2 kat anak dia...

Anonymous said...

anuar zain

uikss org no 20 org terkaya kat msia tu...wa...x kan la TUN xda tolong langsung ek..x masuk akal kalau kaya hasil titik peluh sendiri..

Anonymous said...

naiwatu TDM hanya satu, yakni memporak perandakan UMNO.itu adalah matlamat beliau,kalau nk cerita pasal kroni2 ni semeu hanya drama TDM saja.dasar..ke***g..

Anonymous said...

ni x habis2 dok hentam je..bab nak menghentam mmg mudah budak derjah 2 pun leh buat..bosan tul la

Anonymous said...

TDM tu bukan pe, biasa lah bila dh menjakau umur lewat malam ni, mmg kuar merajuk, nak perhatian n kaseh sayang lebih la tu, layankan ajela..

Anonymous said...

tak yah la nak berdebat pasal research2 ni semua,kalau nak buat research tentang pemerintahan TDM selama 22thn jawap nye penoh le mukesurat kat blog ni ..tak terabis beb.

Anonymous said...

Itu mukhzani belum lagi mukhriz , ha hak ni tak heran sangat , yg buat TDM sakit hati tak leh lonjak kan Syed Mohktar ganti raja gula, jadi no 1. tuh yg dia hangat sangat dgn Pak Lah, kalau tidak sekurang2nya Syed Mokhtar dah jadi no 3 terkaya. Ini semua pasal wang dan ringgit. kalau x umno x hancur. yg kaya depa , yg tergadai Parti Melayu. apa nak jadi dgn org melayu.

Anonymous said...

Itu mukhzani belum lagi mukhriz , ha hak ni tak heran sangat , yg buat TDM sakit hati tak leh lonjak kan Syed Mohktar ganti raja gula, jadi no 1. tuh yg dia hangat sangat dgn Pak Lah, kalau tidak sekurang2nya Syed Mokhtar dah jadi no 3 terkaya. Ini semua pasal wang dan ringgit. kalau x umno x hancur. yg kaya depa , yg tergadai Parti Melayu. apa nak jadi dgn org melayu.

Anonymous said...

Gila lah.... kurang2nya TDM kayakan bangsa Melayu, anak dia melayu , Syed razak pun melayu. daripada kayakan patrik Badawai dan fernadez badawi

Anonymous said...

ya betul..mari kita kayakan MELAYU MAMAK oppsss..betui ka?

Anonymous said...

Ha ha Syed Razak mana ada kaya lah Syed Mokhtar lah.baguslah kalau SYed mokhtar kaya dapat juga dia tolong Tun bila nak hentam pak lah , tlg bayar kat juak-juak Tun. agih2 kan rezeki kepada semua. yang mengasa melayu juga.

Anonymous said...

Berpuloh tahun berada dlm kancah politik Malaysia,22 tahun daripadanya sebagai Perdana Menteri adakah TDM meninggalkan UMNO semata-mata kerana emosi beliau yg terlalu kecewa dengan pimpinan UMNO sekarang yang disifatkan tidak demokratik, lupa perjuangan, pembodek dan mcm2 lagi
Mahathir memulakan apa yang boleh disebut sebagai peperangannya dgn Pak Lah tdk lama selepas jawatan Perdana Menteri itu diserahkan oleh TDM sendiri kpd Pak Lah.

apa yg boleh dikaitkan dgn kemarahan paling ketara TDM terhadap Pak Lah hanya kerana pembebasan Anwar Ibrahim daripada Sungai Buloh.


Isu jambatan bengkok , AP, isu tingkat empat hanyalah asam garam terhadap kemarahan tersebut. kecuali ada pihak yang benar-benar yakin terhadap keikhlasan Mahathir di atas kritikan terhadap Pak Lah boleh menolak teori ini.
so basically..TDM ni sebenarnya sakit hati je...emo terlebih

Anonymous said...

Tun M bukannya seorang yang "perfect".. Pak Lah pun tidak. tapi takdalah sampai Tun keluarkan "manhaj" baru bagi pendekatan ISLAM yang dikenali anda semua sebagai ISLAM HADHARI (ada had ada hari) itu sumer dah kufur. kenapa nak wujudkan pendekatan baru nih? ISLAM yang diturunkan tuh dah tak cukup lengkap ker? sampai si Imam boleh pegang2 bahu cina IpOH mali.. kenapa sampai begitu rendah sekali value pemimpin yang kononnya cucu kepada ulama' besar..
maksudnya kalau atuk ulama,si anak belum tentu sekali.. inikan cucnya..
seharusnya kita sebagai orang melayu yang sayang kepada Agama, Bangsa dan Negara harus sentiasa menginsafi dan muhasabahkan diri. jangan sampai terpesong akidah. ingatlah pesanan rasullullah kepada umatnya, dia tinggalkan Al-Quran dan sunnah sebagai rujukan.. bukannya ISLAM Hadhari.. btw, kepada kawan2 yang yang masih nak mempertahankan ISLAM ADA had n ADA HARI tuh, saya cadangkan refer kepada Majlis Fatwa Malaysia mengenai penambahan ayat selepas ISLAM, kerana tindakan itu adalah HARAM.. sepatutnya HADHARI ISLAM.. Bukan ISLAM hadhari.. bukan apa kalau tak takut kita terpesong.. anak cucu kita belum tentu lagi.. takut in the future, 10-15 tahun lagi takda subjek islam di SRK dan SMK, yang ada subjek ISLAM ADA HAD ada hari.. sapa nak jawab masa tuh... and nak jawab di akhirat nanti?
marilah kita tolak kemungkaran dan kesesatan akidah yang telah berleluasa jika kita betul2 sayangkan UMNO.. hapuskan ISLAM HADHARI sebagai langakah pertama Pak Lah dalam mengaku kesilapan.. InsyaAllah, hati beliau mesti lebih dibuka ALLAH untuk pedoman dalam memimpin negara.. disamping itu, yang bawah2, termasuk MT2 hingga ke akar umbi, jangan lah kerana ikut ketua sangat sampai pegangan agama pun menjadi taruhan... Bukan apa, takut orang depan terjun neraka, keita dibelakang pun ikut sama..
nauzubillah... minta jauh.. walaubagaimanapun, saya percaya masih ada ruang dan peluang untuk perubahan dalam UMNO.. HIDUP UMNO