Wednesday, May 21, 2008

Adakah UMNO Panik


Oleh : Rosli Balik Pulau

Ada yang menerima berita Tun keluar parti dengan perasaan biasa sahaja dan seolah-olah tidak terperanjat akan keputusan Tun keluar dari UMNO. Ada yang langsung tidak merasakan bahawa ini adalah satu berita yang boleh mengugat dan mengoncangkan UMNO sehingga kita menjadi panik


Tun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO sehingga Pak Lah meletakan jawatan , seandainya Pak Lah tidak akan meletakan jawatan bererti Tun berada diluar UMNO. Pengumuman ini dibuat apabila beliau dicabar ketika berucap dalam satu program anjuran Himpunan Melayu di Alor Star Kedah


Apakah pengumuman yang dibuat oleh Tun ini adalah satu pengumuman yang telah difikirkan oleh Tun semasak-masaknya kerana selama ini Tun sering membuat kesilapan. Pengumuman untuk bersara juga menrupakan satu kesilpan besar yang telah Tun Lakukan sehingga beliau terpaksa berjuang untuk menjatuhkan pula pengganti beliau yang telah beliau pilih.Rata-rata bila ditanya akan pendapat ahli UMNO dan pemimpin UMNO , ramai yang berkata, biarlah..... tak apalah .... dan enggan memberikan komen yang lebih lanjut. Mungkin telah bosan atau malas untuk memberikan sebarang reaksi. Ini bukan masanya lagi untuk kita memikirkan ugutan yang telah Tun lakukan, jika dia dah tak suka kepada UMNO , apa daya yang dapat kita lakukan , Kita redha jika beliau mahu kelaur dari UMNO kerana baginya UMNO tidak lagi relevan untuk perjuangan beliau.Tun juga telah lama sangat memburukan UMNO dan ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang terguris cuma mereka mempunyai perasaan hormat dan enggan bersuara dan harapan mereka agar Tun dapat mencari satu penyelesaian .


Mungkin ini satu penyelesaian yang baik , kerana tidak akan ada lagi hati pemimpin dan ahli UMNO yang akan berkecil hati dan pedih apabila Tun berterusan menghina pemimpin UMNO.Menghina Pemimpin UMNO samalah seperti menghina UMNO.Mungkinkah Mukhriz juga akan mengikut jejak ayahnya dan keluar dari parti UMNO dan melompat parti sebagai ahli Parlimen Bebas sama dengan Ibrahim Ali. Apa gunanya anak yang mengikut cakap tidak mengikut jejak ayahnya dan masih berada dalam UMNO jika hati dan jiwa tidak lagi dalam UMNO


Kita tunggu akan pengumuman dan sokongan dari ketua-ketua bahagian dan ketua cawangan yang akan mengikut Tun.




1 comment:

Anonymous said...

Tun Mahathir sepatutnya duduk semeja dengan Pak Lah bincangkan segala masalah.Parti pembangkang akan mengambil kesempatan dengan menyebarkan lagi fitnah terhadap UMNO.Sayangi UMNO dan sayangi MALAYSIA.Jangan sampai tergadai negara ke tangan orang yang tidak bertanggungjawap dan orang yang ada kepentingan sendiri.Satu perkara yang saya ingat sampai sekarang sewaktu saya mengikuti ceramah oleh Tun sewaktu beliau masih menjadi PM .Beliau mengatakan harus setia dengan UMNO walaupun bertukar pemimpin tapi sekarang cakap tak serupa bikin la, beliau sendiri yang keluar dari UMNO..