Friday, May 23, 2008

Nawaitu Tun Razak dan Tun Mahathir berbeza

Sdr Pengarang saya amat tertarik dan terpanggil untuk mengulas: Keyataan Tun
1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

Perbezaan Tun dan Allahyarham Tun Razak . Tun Abdul Razak mengkritik Dato' Onn tidak keterlaluan sehingga melibatkan perpecahan dalam UMNO tanpa melibatkan kesetabilan UMNO. Tun juga tidak membabitkan keseluruhan keluarga Dato' Onn dan tidak pula meminta Dato' onn melepaskan jawatan. Nawaitu Tun Razak dan Tun adalah berbeza kerana nawaitu Tun adalah demi parti dan nawaitu Tun jelas kerana bencikan Pak Lah.

Bermulanya kritikan Tun adalah ketika Pak Lah membatalkan dua projek besar , 1> Jambatan bengkok 2) Rail berkembar yang mana kedua-dua ini melibatkan kroni Tu Syed Mokhtar yang merupakan antara orang terkaya di Malaysia.

Dato' Jaafar keluar parti tanpa menyeru semua ahli keluar dari parti dan tidak menyeru agar semua Ahli Parlimen untuk lompat parti, Ini bukan kerana sayangkan UMNO. Ini mahu menghancurkan terus UMNO yang sudah punah sejak era Mahathirisma. UMNO berpecah dua ketika tertubuhnya semangat 46 , UMNO berpecah lagi ketika tertubuhnya semangat 46 dan UMNO berpecah lagi setelah Tun bersara. Apa yang tinggal mahu dikeluarkan semua. Inikah dikatakan sayangkan UMNO.

Nasib baik ahli UMNO tidak sebodoh dan tidak lagi mahu mengikut telunjuk Tun , jika tidak apa yang tinggal dalam UMNO. Habis diratah oleh Tun, Hancur UMNO dicincang oleh Tun. Juak - juak Tun kini sudah kemaluan dan menuduh ahli UMNO , ketua cawangan dan ahli parlimen sudah dibeli , sedangkan Mukhriz dan mereka ini sendiri tidak mahu keluar dari UMNO.Siapa pula yang beli mereka ini.

Kehalaman utama

PM minta rakyat terima keputusan ICJ

TOKYO 23 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau sedih dengan keputusan tersebut tetapi menerimanya kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia-Singapura selepas kedua-dua negara bersetuju membawa pertikaian itu ke ICJ pada 1993.

Bagaimanapun, beliau melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

“Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutama penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini.
“Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih hari ini, Perdana Menteri yang sedang melawat Jepun menegaskan, satu langkah segera akan diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge yang belum ditetapkan pemiliknya.

“Kita akan mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk menentukan garis-garis sempadan di kawasan perairan berkenaan,” katanya.

Beliau yakin South Ledge adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Abdullah memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
“Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu, Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut tidak perlu dilakukan.

“Rais akan berjumpa rakan sejawatannya di Singapura untuk menentukan tindakan-tindakan yang akan diambil dalam perkara ini,” katanya.

Menjawab satu soalan yang mengaitkan keputusan tersebut dengan kepimpinan beliau, Abdullah berkata, beliau pasti selepas ini ada pihak akan mempertikaikan kewibawaannya.

“Ini perkara biasa. Dengan keputusan mahkamah itu, nanti ada macam-macamlah. Orang yang tidak suka kita akan marah kita.

“Tetapi saya ingin jelaskan bahawa pasukan yang membawa kes ini ke ICJ adalah pasukan yang sama semasa kita menang dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan dulu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pakar dan pegawai Malaysia yang terlibat membuat persediaan membawa kes itu ke ICJ.

Ezam tidak patut diberikan layanan istimewa dalam UMNO


Oleh: Kronik

Hasrat Ezam untuk menyertai UMNO telah kita dengar sebelum pilihanraya lagi dan hari ini kita mendapat berita bahawa Ezam hampir dekat menyertai UMNO . Apakah Ezam akan kembali kepada UMNO kerana tidak yakin lagi kepada perjuangan UMNO atau Ezam tidak mempunyai pilihan lain selain dari UMNO dan merasakan diri tengelam jika hanya duduk bumbung NGO.


Mungkin berbagai reaksi akan timbul dikalangan ahli UMNO , ada yang berpendapat bahawa Ezam boleh menyertai UMNO tetapi hanya sekadar ahli biasa dan Ezam tidak patut diberikan keistimewaan kerana sejarah telah mencatatkan Ezam adalah salah seorang yang pernah mengecam UMNO. Mengapa UMNO perlu memberikan Ezam hak keistimewaan?


Kiat boleh menerima Ezam kembali kerana kita juga tahu akan alasan mereka seperti semua kawan-kawan rapat Anwar yang kini tidak sehaluan dengan perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Mereka seperti Chandra Muzafar , Nalakarupan , semuanya kini telah meninggalkan Anwar Ibrahim.


Hanya yang dapat kita katakan kepada Ezam ialah , Selamat Kembali dan kepada Azmin Ali , bila mahu pulang ke pangkal jalan.

Pulau Batu Putih milik Singapura

THE HAGUE 23 Mei – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini hari ini memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Singapura.

Bagaimanapun, dalam penghakiman itu yang dibacakan oleh Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh, ICJ memutuskan Middle Rocks dimiliki oleh Malaysia.

Pulau Batu Putih, yang berukuran lebih kurang separuh daripada keluasan sebuah padang bola sepak, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusoh di Johor.

Singapura memanggil pulau kecil itu dengan nama Pedra Branca (perkataan Portugis yang bermaksud Batu Putih).

Pertikaian antara Singapura dan Malaysia mengenai Pulau Batu Putih bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan sebuah peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayahnya.

Pada Februari 1993, Singapura meluaskan tuntutannya ke atas Middle Rocks dan South Ledge, yang terletak berhampiran pulau itu.

Pada 6 Februari 2003, kedua-dua negara menandatangani satu perjanjian khas bagi merujuk perkara itu kepada ICJ. - Utusan

Ramai ahli UMNO hipokrit – Rafidah

KOTA BHARU 23 Mei – Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz hari ini menyelar ahli-ahli yang bersikap hipokrit sehingga menyebabkan parti itu berterusan dilanda pelbagai kemelut.

Menurut Rafidah, sikap ’yes boss’ anggota parti yang mengiakan setiap keputusan dan kata-kata pemimpin walaupun mereka sebenarnya tidak sependapat, menyumbang kepada masalah yang bertimpa-timpa dihadapi parti ketika ini.

Dengan sikap sebegitu, katanya, tidak wajar dipersalahkan sepenuhnya Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas kekalahan besar parti pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

``Tidak patutlah kalau nak salahkan presiden semata-mata sehingga suruh dia letak jawatan. Ahli UMNO ni ramai yang hipokrit, sebab itulah nakhoda tidak tahu mana nak pergi, dia ingat semua nak pergi satu tempat kerana di depan mereka kata ya, tak pernah ditegur, tapi belakang pula kata lain.

``Bila timbul masalah, suruh tukar nakhoda. Tak bolehlah setiap kali kapal nak karam, kita angkat nakhoda buang ke laut,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan Wanita UMNO Kelantan di sini hari ini.

Rafidah berkata, pelbagai kemelut yang berlaku dalam UMNO kini memberi isyarat kepada anggotanya bahawa sudah tiba masanya mereka berubah dan lebih ikhlas dan berani dalam perjuangan.

``Hakikatnya tidak ada sesiapa yang berani cakap perkara yang menyakitkan hati ketua mereka. Ada yang berani tegur malangnya kalau ketua mereka sakit hati, terimalah padahnya, tapi yang pentingnya, perlu ikhlas dalam perjuangan.

``Ketua pun kenalah terima teguran anak buah dan anggap itu teguran membina. Dua-dua pihak sepatutnya lebih terbuka. Tapi cara tegur tu kenalah betul,” katanya.
Menyentuh isu peralihan kuasa, Rafidah berpendapat ahli UMNO tidak wajar terlalu mendesak dan seharusnya menyerahkan soal bila ia akan berlaku kepada pertimbangan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Kita janganlah nak letak banyak sangat syarat, biar orang nombor satu parti dan nombor dua berunding sebaik mungkin, mereka faham apa yang perlu dilakukan.
``Kalau sememangnya ada peralihan kuasa, biar mereka yang tentukan. Itu yang sebaiknya untuk parti, bukan baik untuk individu,” katanya.

Mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO pada Isnin lepas sambil menggesa anggota parti itu mengikut jejaknya, Rafidah berkata, beliau yakin ahli lebih setia kepada parti berbanding kepada individu.

Menurut beliau, tindakan Dr Mahathir itu sesuatu yang mendukacitakan kerana sanggup menyanggah prinsip setia kepada parti seperti yang pernah diajarnya ketika memimpin parti.

``UMNO lah yang bawa dia sampai ke puncak sehingga menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Apa yang berlaku ini bukan salah UMNO tapi masalah kita yang ada di dalam parti ini.

``Kita ikut ajaran Tun (Mahathir) supaya kita setia kepada parti, tetapi dia sendiri tidak buat. Bagaimanapun, kita tidak bimbang anggota UMNO akan ikut keluar parti kerana mereka setia kepada UMNO,” katanya. – BERNAMA.

Tun boleh Kritik tetapi tak boleh dikritik

oleh : Newrule
Bila dikritik Tun terus melenting, tetapi bila mengkritik sampai tidak ingat dunia , habis anak dan isteri , menantu orang dikritik. Inilah sifat Tun yang sentiasa mahu orang dengar sahaja cakap dia. Tetapi dia tak langsung mahu dengar cakap orang lain. Bagi Tun di Dunia ini dia yang paling bijak dan dia yang paling tersohor. Mungkin itu dahulu dan bukan sekarang.

Ingat-ingat lah Tun juga manusia biasa YANG PUNYA BANYAK KELEMAHAN . Tiada yang lebih mengetahui melainkan Allah SWT. Belajarlah menerima kritikan agar boleh muhasabah diri untuk mencari kesilapan diri.Hidup bukan menungkat langit. Hanya amalan di dunia sahaja yang boleh di bawa ke alam berzakh nanti buka politik atau UMNO. Tinggalkan UMNO sebagai warisan seperti pemimpin lain.

Kalau Tun benar-benar cintakan bangsa dan UMNO, kenapa jadi penakut , tinggalkan UMNO setelah merobohkan UMNO dan mahu kosongkan UMNO ?????

Petikan dari blog Tun


Duri dalam daging"


Saya telah ikuti laporan berkenaan keputusan saya keluar dari UMNO yang disiarkan RTM 1, 8 malam, 19 hb Mei. Komen oleh dua pemimpin UMNO amat menggelikan hati saya.Tun Musa Hitam dakwa saya adalah ‘duri dalam daging yang sekarang sudah dikeluarkan.’Tun, apakah Tun lupa Tun jadi duri dalam daging UMNO tahun 1986 - 87 dahulu?


Semasa Tun jadi Timbalan Perdana Menteri [di lantik oleh saya]. Tun telah letak jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana hendak saya berhenti daripada jadi Perdana Menteri dan diganti oleh Tun. Atas rayuan ahli Majlis Tertinggi, Tun kembali sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Rupa-rupanya Tun masih punyai niat untuk jatuhkan saya. Oleh itu Tun menghasut Tengku Razaleigh yang menjadi musuh ketat Tun supaya lawan saya. Demikianlah bencinya Tun kepada saya sehingga sanggup terima musuh ketat Tun bertanding Presiden, dan Tun jadi Timbalannya; Tun sebelum itu rayu supaya saya sokong Tun untuk rebut jawatan Timbalan

Presiden dalam pertandingan lawan Tengku Razaleigh. Akhirnya pecahlah UMNO dan muncullah parti serpihan Semangat 46. Tetapi dengan bijaknya Tun tidak menyertainya. Tun selamat dan dilantik oleh saya sebagai perutusan bertaraf Menteri ke Bangsa-Bangsa Bersatu. Tengku Razaleigh terkeluar daripada UMNO Baru dan menjadi mangsa perancangan Tun.

Syabas Tun. Saya tak tahu sekarang Tun ahli UMNO atau tidak. Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam Pilihanraya Kecil dengan simbol kunci.

Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihanraya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO.Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri.

Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya. Tepuk dulang paku serpih.Katakan orang awak yang lebih.

ke halaman utama

Thursday, May 22, 2008

Apakah hak Tun dalam kerajaan dan UMNO .


oleh:Nor Azma Ithnin (kpmu utara)

Ramai betul yang masih mangambil krisis Tun sebagai satu krisis yang memeningkan ahli UMNO . Kami menerima banyak sms mengesa agar kami menyiarkan hasrat dan perasaan mereka. Ada yang sudah bosan dan mahu kemelut ini ditamatkan segera.


Benarlah Tun adalah negarawan dan pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada UMNO.
Persoalannya , ada yang bertanya , siapa Mahathir dalam UMNO sekarang dan siapakah Mahathir di dalam kepimpinan kerajaan dan UMNO?.


Tun tiada kuasa dan Tun sebenarnya tiada hak untuk mengesa Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk letak jawatan. UMNO Dan kerajaan Malaysia bukan Sdn Bhd yang menjadi hak mutlak Tun.


Tambahan Tun sekarang sudah keluar dari UMNO. Apakah hak Tun untuk mempersoalkan pilihan rakyat dan ahli UMNO, ini sebenarnya adalah hak ahli UMNO dan rakyat. pak Lah telah dipilih oleh rakyat selepas pilihanraya 2004 dan 2008. Jadi apa hak Tun untuk menafikan hak rakyat dan ahli UMNO.


Sms 1. Kami dah bosan, apa hak Tun , suruh dia cerminkan dirinya di cermin ajaib dan tanya , cermin oh cermin apakah aku masih berkuasa.

Sms2. Tidak perlu agung campurtangan. Tun berehat dan biarkan orang lain uruskan UMNO, UMNO bukan hak Mahathir.

sms3. Apakah perlu Tun campuri lagi urusan UMNO , ada baiknya dia keluar dari UMNO dan biarlah kepimpinan UMNO yang tadbir UMNO.

sms4. Kita patut lupakan saja Tun dan biar dia melalut sendiri. jgn jadikan Tun sebagai masalah UMNO dan kerajaan.

sms5: kalau dia sygkan UMNO dia x akan hancurkan UMNO kemudian keluar parti , inikah orang yang bertanggungjawab kpd parti.

sms6: Sack him , mukhriz patut ikut ayahnya ,

sms7: who the hell he think he is, ask him to fly kites and stay away frm our gov affairs , he is no more the PM. we have enough of him.

sms8: Lupakan saja org tua tuh dan masuk peringkat nyanyok , dia bukan boleh bawa UMNO sekali nanti bila .....

sms9: Suruh Tun tanya siapa diri nya dalam UMNO dan kerajaan <>
sms10: UMNO bukan hak milik persendirian , kai dah bosan....bosan ...tel him to staf off dari UMNO....

Inilah antara 10 email yang kami terima yang kami mahu pembaca menilaikan . luahan hati rakyat yang sudah sampai ketahap yang paling membosankan. Fikirkan


Wednesday, May 21, 2008

Mengkritik Biar Berhemah


MENGKRITIK BIAR BERHEMAH , SUPAYA BERSATU BUKAN BERPECAHHari ini, semua menerima hakikat bahawa UMNO yang menjadi tunjang kekuatan Melayu telah kalah teruk di dalam pilihanraya umum ke 12. Kekalahan ini pasti ada puncanya .


Punca kekalahan inilah yang sepatutnya menjadi asas perdebatan dan perbincangan semua ahli UMNO , baik pemimpin mahupun ahli akar umbi demi memastikan usaha kearah mengangkat kembali maruah dan kekuatan UMNO. Daripada punca ini, kita usahakan jalan terbaik untuk penyelesaiannya.


Tetapi apa yang berlaku saat ini seperti mengarah kepada agenda peribadi. Ramai yang seakan-akan seperti menangguk di air keruh – hendak mengeruhkan lagi keadaan. Persoalan lebih tertumpu kepada siapa yang perlu dipersalahkan.


Ada pendapat yang mengatakan kekalahan ini kerana Pak Lah, kerana Khairy Jamaludin, kerana Tun Mahathir yang berterusan memberi kritikan kepada kerajaan dan galakan supaya lebih banyak pembangkang mengisi parlimen, kerana pengerusi perhubungan negeri, kerana ketua bahagian, kerana calon yang tak terpilih dan sebagainya.


Akhirnya hari ini kita lebih memberi tumpuan kepada persoalan siapa yang bersalah. Kini timbul pula persoalan kuota pencalonan kepimpinan UMNO yang menjadi perdebatan utama. Apakah kekalahan UMNO disebabkan kuota ini?. Semasa UMNO dan BN menang besar pada tahun 2004, sistem kuota ini telah diguna pakai.


Kalau perlupun perubahan dalam persoalan kuota ini, bahagian UMNO boleh terus bawa sebagai usul dalam perhimpunan UMNO untuk dibincangkan semula. Janganlah kerana permasalahan peribadi, kita pesongkan permasalahan sebenar kepada perkara lain. Andai benar kekalahan ini atas kelemahan Pak Lah, Khairy, pengerusi perhubungan, ketua bahagian atau apa saja faktor, apakah jalan penyelesaiannnya dengan meletak jawatan?..


Bagi saya, itu tindakan yang tidak bertanggugjawab. Saya yakin bahawa atas apa sahaja faktor yang menyumbang kepada kekalahan UMNO dan BN di dalam pilihanraya yang baru lalu, Pak Lah bersama kepimpinan UMNO dan BN menerimanya sebagai satu kelemahan yang perlu diperbaiki. Bukan mengambil tindakan meletak jawatan dan melepaskan masalah ini kepada orang lain. Tentulah tindakan seperti ini, merupakan tindakan seorang pengecut.


Marilah kita ahli UMNO sama-sama berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam keadaan yang memerlukan kita bangkit semula. Usahlah kita mengambil kesempatan untuk melepaskan dendam dan mewujudkan keadaan yang lebih kritikal di dalam UMNO dalam situasi hari ini. Rasulullah bersama umat Islam menang dalam perang Badar dan kemudiannya kalah teruk dalam perang Uhud walaupun pada ketika itu kemenangan sepatutnya diperolehi.


Namun kerana kekalahan itulah akhirnya umat Islam kembali bangkit dengan lebih hebat dan cemerlang. Oleh itu kita mohon semua ahli UMNO agar kembali bertaut dan berpadu bersama kepimpinan yang ada di bawah kepimpinan Pak Lah bagi memastikan UMNO kembali kuat demi maruah bangsa dan negara.


Ketepikan persoalan peribadi dan dendam. Baik Tun Mahathir, Tengku Razaleigh atau siapa sahaja, kemukakanlah permasalahan secara telus dan berhikmah serta cadangkanlah penyelesaian terbaik. Saya yakin kekalahan kita bukan atas faktor individu tetapi atas faktor yang pelbagai. Sama-samalah kita renung....apakah dengan pengunduran Dato’ Seri Khir Toyo di Selangor, segala masalah selesai dan menjamin UMNO kembali menang.


Bagi saya Pak lah tetap pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memulih dan mengangkat kembali maruah UMNO. Berilah sokongan padu kepada Pak lah dan bantu beliau untuk sama mengembalikan kekuatan kita , kekuatan UMNO dan kekuatan Barisan Nasional. Sekian.


Yang benar,

(AHMAD BIN DARUS )

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas,

Menjulang Pengkhianat Negara Pas

Pembongkaran mengenai Anwar Ibrahim yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Jerlun, YB Dato' Mukhriz Mahathir pada persidangan parlimen yang lalu bukanlah sesuatu yang baru memandangkan sudah ramai yang mengetahui maklumat terbabit melalui laman-laman web dan blog yang membongkarkannya.

Pembabitan Anwar Ibrahim dengan negara Israel dan Amerika Syarikat serta Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush akan sentiasa menimbulkan keraguan dan tanda tanya.


Jika suatu ketika dahulu Pas iaitu salah satu parti yang berada di bawah Pakatan Rakyat bersama-sama dengan PKR pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang menyertai dan menyokong UMNO dan BN adalah kafir, bagaimana pula kisahnya dengan penasihat PKR iaitu Anwar Ibrahim ini?


Adakah Pas hanya membutakan mata dan memekakkan telinga semata-mata mahu melindungi rakan sekutu mereka agar kedudukan mereka juga tidak tergugat?Bukankah lebih tepat untuk menjustifikasikan tindakan Anwar ini sebagai satu tindakan yang sewajarnya dikatakan unsur mengkhianati bangsa, agama dan negara?


Mana mungkin Paul Wolfowitz yang merupakan pengikut fahaman Neo Conservative yang telah membunuh lebih 1 juta rakyat Islam di Iraq ini bekerjasama merancang sesuatu yang mendatangkan kebaikan untuk umat Islam.


Kenapa UMNO yang selama ini sentiasa mempertahankan agama Islam dan memajukan tamadun Islam negara ini boleh diberi taraf kafir oleh para ulamak Pas sedangkan rakan sekutu mereka sendiri didiamkan sahaja. Di manakah semangat memperjuangkan Islam yang selama ini dijulang-julang oleh Pas dalam pentadbiran parti mereka?

Muhyiddin Yassin bermuka - muka


Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terrsepit dan cuba mencari jalan keluar apabila Tun membuat keputusan yang berat , sepatutnya Muhyidin Yassin juga patut memikirkan sama ada mahu mengikut jejak Tun.


Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu?

"Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.

Mukhriz akan dirujuk ke JK pengurusan UMNO


Tindakan exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir, yang mengulangi desakan agar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan semua jawatannya, akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan parti.


Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh timbalan presiden Datuk Seri Najib Razak dan bertemu setiap Rabu."Pemuda tiada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas anak mantan perdana menteri itu," kata ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.


Beliau, yang juga menteri pelajaran menambah, "sebagai calon ketua Pemuda, beliau tidak boleh bersikap begitu. Adakah beliau faham atau pura-pura tidak faham?"


Ini bukan kali pertama Mukriz berbuat begitu."Hishammuddin berkata, sebagai ahli parti, Mukhriz tidak wajar meletakkan syarat sedemikian kepada presiden parti dan perdana menteri. "Saya kesal, kecewa dan tidak boleh menerima tindakan Mukhriz meletakkan syarat kepada perdana menteri dan presiden Umno.


"Saya tidak boleh terima kesetiaan menjadi syarat, dengan memberi tempoh masa untuk presiden meletakkan jawatan," katanya."


Ini isu kedudukan kita dalam parti, ini isu prinsip dan keahlian. Ini perkara paling atas untuk berjuang dalam parti."Hishammuddin berkata, kesetiaan kepada parti tidak boleh dijual beli, dipersendakan atau dipermainkan oleh ahli.


"Saya tidak mahu keikhlasan boleh dijual beli kerana ia bukan satu permainan," katanya.Beliau juga berkata, desakan Mukhriz semalam bukan kali pertama dan tindakannya itu tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku di peringkat akar umbi Umno.


"Saya dapat membayangkan kesetiaan ahli parti kepada para pemimpin kita," katanya.


Beliau menjelaskan, tindakan Mukhriz ini berbeza dengan suratnya kepada perdana menteri supaya meletakkan jawatan tidak lama selepas berakhir pilihanraya umum 8 Mac lalu.


"Pelbagai pihak telah meluahkan perkara yang sama tetapi mereka tidak pula meletakkan syarat seperti Mukhriz," katanya lagi.


Ketika ditanya adakah kenyataan Mukhriz itu merupakan satu kecaman, Hishammuddin berkata, orang sudah muak dengan sokongan kepada pemimpin, seperti juga mereka muak dengan ugutan dan desakan kepada pemimpin.


Katanya, beliau berharap semua pihak agar tidak menggelabah dengan tindakan Mukhriz tersebut.Ditanya mengenai tindakan tiga exco Pemuda yang hadir menyokong Mukhriz dalam sidang media semalam, Hishammuddin berkata, "saya hendak tengok apa pendirian mereka kerana tahun ini ada pemilihan barisan pimpinan baru.


"Tiga exco pergerakan itu Kamarul Zaman Kamdias, Azizul Nizam Bidin dan Harison Hassan hadir dalam sidang media Mukhriz di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Hukum Dewan Ulama' PAS Kelantan 1963

“Orang-orang Islam yang berkongsi kuasa dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram”. Kenyataan ini pernah dikeluarkan oleh pemimpin PAS pada suatu ketika.

Sekarang lihatlah apa yang dah terjadi. Apakah hukum PAS sekarang ini sudah termakan diri sendiri?Selama 18 tahun, PAS memerintah "serambi Mekah" sudah ada dua patung besar di kawasan dua orang pemimpin utama PAS. Satu yang tidur di kawasan Tumpat, Kamaruddin Jaafar (Setiausaha Agung PAS) dan satu lagi yang berdiri di kawasan Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Apakah pula hukum PAS dalam isu ini?

Jika ada orang PAS yang sayangkan Melayu dan agama Islam, maka marilah beramai ramai mendaftar diri sebagai pengundi di kawasan kawasan yang DAP menang terlalu banyak hingga sampai berbelas ribu jumlah. Terutamanya di Cheras yang dimenangi secara besar besaran oleh Teresa Kok.

Kalau dibiarkan DAP ini terus menang, maka esok lusa entah apa pula yang akan dipanggang mereka.Ikutlah nasihat Tuan Guru Nik Aziz, DAP itu sama seperti syaitan. Dalam surah Yassin, ayat 60 telah diterangkan yang bermaksud "Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!". Moga moga orang seperti Ahmad Awang (Ketua Penerangan PAS) yang lebih rela bekerjasama dengan DAP akan mula buka mata. Moga moga Nizar Jamaluddin akan tahu siapa DAP yang sebenarnya.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

halaman utama

Semuanya nak tipu rakyat

oleh: Wan Nasir
Semuanya oportunist yang mencari kesempatan untuk menlonjakan kepopulariti sebagai orang yang baik dan mengambil kesempatan atas kekalutan yang berlaku dalam UMNO hari ini, Wan Azizah cuba menangguk ikan yang lepas dari tasik UMNO dan mencuba nasib untuk menangkap bapak ikan supaya anak-anak ikan akan mengikuti langkah bapak ikan masuk dalam jaring yang dibentang oleh Wan azizah dan PKR.


Walaupun hampir mustahil untuk Tun menyertai PKR dan Wan azizah sendiri mengetahui akanperkara ini tetapi beliau tetap bercakap sekadar ingin menyedapkan hati ahli PKR dan UMNO.Inilah Wan Azizah.


Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sedia membuka pintu parti itu kepada Dr. Mahathir sekiranya bekas pemimpin utama negara itu berminat.


"Kami amat mengalu-alukan mereka (anggota UMNO)," kata Dr. Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.


Setiausaha agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau menghormati keputusan Dr. Mahathir dan berharap masyarakat Melayu sentiasa bersatu.


"Saya pernah bekerja di bawah beliau (Dr. Mahathir), beliau orang yang saya anggap berkebolehan... saya hormati keupayaan dan kebolehan Dr. Mahathir," katanya kepada pemberita di Shah Alam.


Benarlah apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Azalina bahawa ini membuka ruang kepada pembangkang dan akan menguntungkan pihak pembangkang.


Sementara itu, Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip kontrak sosial sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang.


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pendirian itu berasaskan kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.


Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi.


''Kesediaan Pas untuk menerajui negara ini kerana parti ini mempunyai banyak pengalaman sejak merdeka di mana pernah menjadi pembangkang secara bersendirian, bergabung dengan parti pembangkang lain dan memerintah beberapa kerajaan negeri," katanya


Jika Pas yang membentuk kerajaan , Hj Hadi akan menjadi Perdana Menteri , bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim yang selama ini dikatakan akan menjadi Perdana Menteri jika PR dapat menubuhkan kerajaan dan apakah Pas hanya boleh menubuhkan kerajaan dibawah pakatan PR.

Ini juga cakap sekadar mahu bercakap sahaja dan cuba menipu rakyat lagi,

MT nyatakan sokongan kepada Pak Lah

KUALA LUMPUR 21 Mei – Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk terus memimpin UMNO dan memulihkan keyakinan rakyat kepada parti itu dan kerajaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam mesyuarat khas selama empat jam dari pukul 8 malam ini, MT juga membincangkan pengisytiharan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar daripada UMNO.


“Kita ambil maklum surat (Tun Mahathir) itu... kita harap Tun dapat kembali kepada parti satu masa nanti,” kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu yang berakhir tengah malam ini.
Menurut beliau, mesyuarat tersebut juga membincangkan beberapa cadangan dalam pelan pemulihan politik UMNO.

Jangan lacurkan institusi kehakiman - rakyat perlu pembelaan

Norazma Ithnin

Sebelum kerajaan mengumumkan untuk mendedahkan dan menyiasat mengenai video Vk Linggam , Tun telah memintas dengan mengatakan bahawa isu video ini adalah satu isu yang cuba memeras ugut. Dengan kenyataan ini Tun telah mengalihkan isu ini sebelum ianya disiasat sebagai satu isu peras ugut atau ‘black mailing’ .

Jelas di sini Tun tidak mahu kes ini dilanjutkan penyiasatannya dan jika ianya diteruskan penyiasatan kes ini dengan memeras ugut pula dengan kayataan bahawa kes ini adalah berniat peras ugut. Apa dan siapa yang di peras ugut oleh kerajaan tidak pula dinyatakan.

Apa yang penting disini bukanlah isu peras ugut, jika ianya benar berlaku dan jika sememangnya terjadi adalah perlu pihak kerajaan melakukan siasatan yang terperinci agar ianya tidak akan berulang lagi dan mencemarkan bidang kehakiman negara .

Jika vedio Lingam ini merupakan satu penipuan , Tun tidak perlu bimbang kerana yang benar akan tetap benar dan yang salah akan tetap salah walaupun ianya telah berlalu beberapa lama yang lalu. Kita tidak dapat merubah sejarah kerana sejarah tidak pernah menipu yang merubah sejarah adalah bagaimana sejarah itu disalah lapurkan atau dipurtar belitkan.

Adalah tidak wajar bagi Tun cuba memintas siasatan dengan memberikan hasil jawapan kepada siasatan yang belum dijalankan sebagai ‘ black mailing’. Biarkan badan bebas menjalankan siasatan dan sekiranya ianya jelas sememangnya ada konspirasi yang cuba melacurkan badan kehakiman kita , perkara ini perlu dihentikan agar badan kehakiman kita tidak lagi dipandang sebagai badan yang tidak relevan dan boleh dibeli walaupun ianya melibatkan orang yang berpengaruh atau VIP

Terlalu banyak sudah isu dan kes-kes yang telah dilacurkan dan yang berhak tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, sehinggakan ianya melibatkan kes bunuh dimana yang membunuh terlepas kerana kelonggaran badan kehakiman yang boleh di beli dengan wang ringgit.

Undang-undang tidak mengenal darjat dan pangkat, jika seorang menteri boleh diheret ke meja penghakiman dan telah menjalankan hukuman yang setimpal atas kesalahan yang telah beliau lakukan, bererti tidak siapa juga yang kebal untuk melalui proses ini.

Kesimpulannya , ramai yang merasa hairan kenapa Tun memintas keadilan yang akan dilakukan oleh badan penyaisatan mengenai kes video Linggam ini dengan menyatakan bahawa ianya adalah satu 'black Mail.'

Kerajaan tidak lagi boleh berlembut dan mengambil perkara ini sebagai satu perkara yang ringan kerana jika kerajaan terus berlembut, kerajaan tidak akan dihormati dan rakyat tidak lagi takut kepada undang-undang dan melakukan apa saja untuk melacurkan bidang kehakiman , seperti Raja Petra yang telah mendahului mahkamah yang sedang menyiasat kes Altantuya . Raja Petra telah menjatuhkan hukuman bahawa kes ini melibatkan Najib dan isterinya hanya dengan hujah akal fikiran peribadinya kerana jiwa kacau dan suara dendam di hati beliau.

Biarkan badan kehakiman yang menentukan akan perjalanan siasatan ini dengan adil tanpa di ganggu oleh mana-mana orang yang berpengaruh

ke laman utama

Adakah UMNO Panik


Oleh : Rosli Balik Pulau

Ada yang menerima berita Tun keluar parti dengan perasaan biasa sahaja dan seolah-olah tidak terperanjat akan keputusan Tun keluar dari UMNO. Ada yang langsung tidak merasakan bahawa ini adalah satu berita yang boleh mengugat dan mengoncangkan UMNO sehingga kita menjadi panik


Tun telah mengumumkan untuk keluar dari UMNO sehingga Pak Lah meletakan jawatan , seandainya Pak Lah tidak akan meletakan jawatan bererti Tun berada diluar UMNO. Pengumuman ini dibuat apabila beliau dicabar ketika berucap dalam satu program anjuran Himpunan Melayu di Alor Star Kedah


Apakah pengumuman yang dibuat oleh Tun ini adalah satu pengumuman yang telah difikirkan oleh Tun semasak-masaknya kerana selama ini Tun sering membuat kesilapan. Pengumuman untuk bersara juga menrupakan satu kesilpan besar yang telah Tun Lakukan sehingga beliau terpaksa berjuang untuk menjatuhkan pula pengganti beliau yang telah beliau pilih.Rata-rata bila ditanya akan pendapat ahli UMNO dan pemimpin UMNO , ramai yang berkata, biarlah..... tak apalah .... dan enggan memberikan komen yang lebih lanjut. Mungkin telah bosan atau malas untuk memberikan sebarang reaksi. Ini bukan masanya lagi untuk kita memikirkan ugutan yang telah Tun lakukan, jika dia dah tak suka kepada UMNO , apa daya yang dapat kita lakukan , Kita redha jika beliau mahu kelaur dari UMNO kerana baginya UMNO tidak lagi relevan untuk perjuangan beliau.Tun juga telah lama sangat memburukan UMNO dan ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang terguris cuma mereka mempunyai perasaan hormat dan enggan bersuara dan harapan mereka agar Tun dapat mencari satu penyelesaian .


Mungkin ini satu penyelesaian yang baik , kerana tidak akan ada lagi hati pemimpin dan ahli UMNO yang akan berkecil hati dan pedih apabila Tun berterusan menghina pemimpin UMNO.Menghina Pemimpin UMNO samalah seperti menghina UMNO.Mungkinkah Mukhriz juga akan mengikut jejak ayahnya dan keluar dari parti UMNO dan melompat parti sebagai ahli Parlimen Bebas sama dengan Ibrahim Ali. Apa gunanya anak yang mengikut cakap tidak mengikut jejak ayahnya dan masih berada dalam UMNO jika hati dan jiwa tidak lagi dalam UMNO


Kita tunggu akan pengumuman dan sokongan dari ketua-ketua bahagian dan ketua cawangan yang akan mengikut Tun.




Kasihanilah orang bawahan

Pertama:"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," kata Tun M.

Syarat Kedua:“Jangan masuk mana-mana parti lain jika keluar dari parti UMNO.” Kata Tun M.Jika begitu, tidak perlu terikut dan terpengaruh dengan gesaan Tun M untuk keluar dari parti UMNO. Rasionalnya, Tun M masih lagi mengiktiraf hanya parti UMNO yang boleh mendaulatkan agama Islam dan orang Melayu.


Parti parti lain seperti PAS dan PKR tidak boleh buat apa yang UMNO telah buat.Tun M nampaknya sengaja untuk memprovokasi sesetengah pihak untuk mencuba sejauh mana kekuatan sebenar Pak Lah sebelum pemilihan UMNO pada hujung tahun ini.
Ahli-ahli UMNO tidak perlu terburu buru dalam membuat sebarang keputusan yang akan merugikan bangsa.


Pemilihan UMNO adalah pentas untuk luahan sebenar tentang apa yang dirasakan baik untuk kepimpinan parti. Bersabarlah menanti pemilihan sebenar. Lihatlah siapa yang paling suka bila konflik berlaku dalam parti terbesar Melayu ini? Bayangkan betapa gembiranya think tank neo konservatif barat bila mendapat tahu bahawa pemimpin Melayu sedang bergasak sesama sendiri sekali lagi. Jarum mereka telah berjaya ?.


Apakah mereka tidak berasa dengki melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, tetapi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menterinya ialah orang Melayu? Apakah mereka tidak merasa cemburu melihat UMNO yang mendominasi kabinet kerajaan Malaysia?.


Tan Seng Giaw (Timbalan Pengerusi DAP) telah menyatakan bahawa ``Apa sebab Dr. Mahathir mahu keluar dari UMNO. Apakah kerana masalah kepimpinan atau sebagainya. Kita pun tidak faham.`Adakah Dr. Mahathir keluar UMNO kerana menganggap parti itu sudah tidak relevan lagi,’’


Ini satu sindiran yang tajam pada orang Melayu. Apakah Tan Seng Giaw gembira melihat orang Melayu bergasak sesama sendiri?. Apakah Karpal akan semakin naik tocang selepas ini?Tidak perlu meletakan emosi dan pendapat peribadi melebihi perlembagaan dan prinsip parti.


Kasihanilah orang bawahan yang berjuang bersungguh sungguh untuk parti. Kalau ada pun konflik atasan, jangan biarkan orang di peringkat cawangan (kampung) terjebak sama dalam konflik. Gajah bergasak dengan gajak, kasihanilah kancil yang tersepit di celah celah.


Bila orang bawahan lihat konflik diperbesarkan, tanpa terlebih dahulu melihat maksud tersirat sesuatu perkara, maka mereka akan jadi gelisah, keliru dan bimbang. Dulu pernah terjadi konflik antara Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman, antara pengasas UMNO dan bapa kemerdekaan.


Namun akhirnya, ianya reda dan rakyat kembali pada perjuangan yang sebenar.Usah kelirukan rakyat dan biarkan mereka dalam dilema. Kasihanilah orang bawahan. Banyak lagi perkara yang perlu diutamakan berbanding melayan perspektif suka dan tidak suka pada seseorang.


Percayalah, konflik hanya sementara. Suatu hari semuanya akan bertaup kembali seperti gambar di atas. Tetaplah berada dalam perjuangan, kerana kalau kita sibuk bergasak, ada orang lain sedang mentertawakan dan bertepuk tangan melihat kita bergasak. Marah pijat, jangan dibakar kelambu. Kasihanilah orang bawahan.

Manusia 'terkaya' pula keluar UMNO


SEORANG lagi keluar Umno. Kali ini, anak kedua mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Mokhzani Mahathir yang pernah dalam tahun 2007, diberi gelaran manusia ke 28 terkaya di Malaysia, oleh majalah Forbes.Dia adalah ahli Umno dalam Bahagian Merbok, salah satu kerusi yang BN tewas dalam pilihan raya yang lalu.


Khabarnya dia menghantar surat memberitahu keluar dari Umno ke Pejabat Umno Bahagian Merbok melalui faks.Ketika Dr. Mahathir menjadi Presiden Umno, Mokhzani pernah dilantik menjadi Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda Umno dan jawatan yang sama di Bahagian Merbok.


Ada satu sumber lagi memberitahu, Mokhzani juga pernah dilantik menjadi Bendahari Umno Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah .Hari ini, Mokhzani adalah Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang dan seorang usahawan yang cukup Berjaya.


Tidak pula diketahui adakah dia kaya kerana 'budi dan jasa Umno' atau tidak tetapi, ada sumber memberitahu, dia mencipta kekayaan dengan bantuan Perdana Menteri ketika itu, iaitu ayahandanya sendiri, walaupun tiada siapa boleh mengesahkan macam mana mekanisme.


Perdana Menteri ketika itu, menyalurkan bantuan.Berusia 47 tahun, mampu hidup selesa walaupun meninggalkan Umno, Mokhzani sebenarnya tidak perlu kepada Umno lagi dan boleh terus bernaung di bawah ketiak kedua-dua orang tuanya yang didakwa cukup banyak berjasa kepada negara ini.


Cuma, tidak pula ada pihak yang mahu membuat dakwaan, sebenarnya Umno, negara dan bangsa Melayulah yang cukup banyak berjasa kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai 'duri dalam daging' oleh bekas sahabatnya '2M', Tun Musa Hitam.Boleh Dr. Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno tanpa 'kawan-kawannya' yang terus menerus mempertahankannya termasuk Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi?


Dr. Mahathir sebenarnya tidak akan mampu berbuat apa-apa kalau dia 'berseorangan dan bersendirian' dalam Umno.Orang-orang Umno (termasuk ahli-ahli parti) sudah tidak sanggup lagi berketuakan Dr. Mahathir Mohamad tetapi 'menteri-menteri dan ketua-ketua bahagian' mempertahankannya hingga ada yang terpaksa kalah kerana mempertahankan Dr. Mahathir.


Apakah Mukhriz dan Mokhzani (termasuk yang lain-lain) tidak langsung menikmati budi dan jasa Umno yang hendak dipermain-mainkan sekarang? Hari ini, mereka nak keluar, mereka umum keluar dan esok (seperti yang mereka kata, selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur), mereka akan masuk balik.


Adakah Umno ini parti 'keluar masuk' seperti tidak ada 'peraturan dan perlembagaan?'Orang seperti ini, sepatutnya dilarang untuk terus masuk semula ke dalam parti yang 'keramat' seperti Umno.


Tepatlah seperti perlawaan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, PKR mempelawa Dr. Mahathir (dan anak-anaknya) untuk menyertai partinya yang 'berbilang bangsa dan berbilang kaum' itu.Bertuahlah Dr. Wan Azizah (dan tentunya Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali) jika Dr. Mahathir sedia menyertai PKR dan kalau boleh, carikan satu kerusi Parlimen untuk Dr. Mahathir bertanding dan melantiknya menjadi Ketua Pembangkang.


Inilah yang diidam-idamkan PKR, Pas dan DAP, kerana mereka nampak hanya Dr. Mahathir yang mampu 'menumpaskan' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Seorang lagi, Datuk Dr. Affifuddin Omar yang kini menjadi 'penganjur' kepada Tengku Razaleigh Hamzah di Kedah juga nampaknya sudah secara lantang mengeluarkan suaranya yang selama ini dilihat sama seperti 'duri dalam daging' kepada Umno Padang Terap.


Dia pernah menjadi Ketua Umno Bahagian Padang Terap tetapi apabila dia tidak dipilih menjadi calon, dia tidak keluar mengundi dalam pilihan raya. Tidak hairanlah, sebagai seorang bijak pandai yang hidup kaya raya sekarang, dikalahkan seorang bekas Posmen bernama Datuk Ghazali Ibrahim yang juga baru ditewaskan dalam pilihan raya yang baru lalu.


Dr. Mahathir yang menggugurkannya dari menjadi calon tetapi Dr. Affifuddin bercerita dengan orang lain, Tan Sri Sanusi Junid yang menggugurkannya.Sanusi mungkin tidak dapat menerima kehadiran Dr. Affifuddin kerana Dr. Affifuddin dilihat sebagai 'budak Anwar Ibrahim' manakala Sanusi memang tidak dapat menerima kehadiran Anwar dalam Umno.Hari ini, Affifuddin turut 'yakin' dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir, 'budak-budak di tingkat 4' adalah penyebab kepada kekalahan BN di Kedah.


"Dulu saya tidak percaya apa yang dicakapkan oleh Dr. Mahathir tetapi hari ini saya sahkan, kata-kata itu betul," Dr. Affifuddin dipetik sebagai berkata di hadapan satu majlis yang dihadiri Tengku Razaleigh Hamzah di Kedah. Dr. Affifuddin pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan tetapi kemudiannya Dr. Mahathir memidahkannya ke Kementerian Sumber Manusia sebagai Timbalan Menteri dan tidak merasa kerusi Menteri hinggalah dia digugurkan.Baguslah kalau Dr. Mahathir, Mokhzani, Mukhriz dan Dr. Affifuddin sudah 'keluar dari daging' kerana selama ini, tingkah laku mereka hanya dilihat bercakap di belakang-belakang, tetapi kini, secara terbuka dan menunjukkan belangnya.


Mereka ini semuanya sudah terlalu kaya dan tidak ada masa untuk menjadi pejuang kemiskinan seperti yang diharap-harapkan rakyat bawahan. Masa mereka perlu mereka gunakan untuk 'berjoli' dengan keluarga mereka, kerana duit yang mereka kumpul selama ini perlu mereka habiskan sebelum 'nyawa mereka bercerai dari badan'.


Tidak perlulah orang-orang Umno (khususnya ahli-ahli Umno) terikut-ikut tingkah laku orang-orang yang super kaya seperti mereka ini, meninggalkan Umno dengan caci-cacian. Belum pernah berlaku dalam sejarah, individu menang mengalahkan jemaah. Umno adalah jemaah.Dr. Mahathir dan yang bersama-samanya adalah individu.Keluarlah dari Umno jika mereka berniat mahu mengkhianati Umno yang banyak berjasa kepada bangsa, agama dan Negara.


Betul seperti kata Ketua Umno Bahagian Ketereh, Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa, bahawa Dr. Mahathir memecat dirinya sendiri selepas dia puas memecat orang lain ketika dia berkuasa dahulu.Orang-orang Umno di Kedah, ketua mereka sekarang adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid, yang didatangkan ketika masa dan waktu yang kurang sesuai. Tetapi dia mempunyai agenda tersendiri dalam memperkukuhkan parti.


Memang tugasnya bukan mudah tetapi inilah harga yang perlu dia bayar kerana Kedah memang negeri 'orang pandai bercakap, tetapi bekerjanya kurang'.Mahdzir tidak perlu berundur kerana desakan atau permintaan sesiapa. Tugas Mahdzir sekarang, kumpulkan 'bara-bara' yang masih ada, hembus dan nyalakan semula api yang boleh menjadikan Umno kembali 'panas' dan hidup untuk terus memperjuangkan bangsa, agama dan negara.Ingat, zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, Kelantan, Terengganu dan Sabah pernah jatuh ke tangan pembangkang.


Pulau Pinang pernah hilang suara 2/3 hingga menyebabkan DAP kelihatan seperti 'kemaruk' inginkan kuasa, suatu ketika dahulu.Banyak kerusi Parlimen jatuh ke tangan pembangkang, termasuk Kedah negeri di mana Perdana Menteri (ketika itu) datang. Kenapa Dr. Mahathir tidak langsung mahu bermuhasabah diri? Kenapa sekarang sahaja dia nampak, Umno dan BN semakin lemah?


Kenapa ketika dia 'terkena' pukulan seperti ini, dia tidak mahu berundur?Satu perkara lagi, Dr. Mahathir tidak dengarkah desakan meminta dia berundur yang dibuat Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn? Bukankah dia berundur kerana dia sudah merasakan terlalu lama menjadi PM dan bukan atas desakan?


Jika itu yang dia lakukan, kenapa dia mahu 'mendesak dan mendesak' sedangkan dia sendiri tidak mahu berhenti kerana desakan?Jika dia mahu berundur ketika Umno kuat dan berlaku penyerahan kuasa ketika sokongan terhadap parti, bulat… dia sepatutnya tersindir (dan terpukul) bila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah menggunakan ayat-ayat yang pernah digunakannya.Dr. Mahathir sudah melalui satu zaman yang dia sendiri tahu, apakah 'kuasa' yang telah digunakannya. Sanusi Junid juga begitu.


Ketika dia menjadi MB Kedah, bukan sedikit 'dicantasnya' orang-orang yang dia tidak suka. Dr. Affifuddin merasakan dia adalah bijak pandai mewarisi 'demang lebar daun' yang dibaca dari buku sejarah. Mokhzani dan Mukhriz tidak dapat tidak adalah 'penyokong' Dr. Mahathir. Tetapi satu perkara yang Mukhriz perlu akui, dia dapat bertanding bukan kerana dia 'layak' tetapi kerana Pak lah hendak beri peluang kepada anak Dr. Mahathir.


Dia bukan ada jawatan penting di bahagian. Bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kubang Pasu pun, tewas. Begitu juga dengan Dr. Mahathir.Dia tewas dalam usahanya hendak menjadi perwakilan ke Kuala Lumpur.Walaupun dia mendakwa berlaku sekat menyekat, sebenarnya di zaman dia menjadi Presiden Umno, sekat menyekat ini adalah yang paling 'teruk berlaku'. Cuba bertanya dengan Tan Sri Napsiah Omar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Zein Isma Ismail.


Pernahkah mereka membuat dakwaan mengatakan pencalonan mereka disekat?Apa tindakan Dr. Mahathir ketika itu? Disebabkan dia tidak pernah dikalahkan dalam pemilihan Umno Bahagian Kubang Pasu dan terus menang sebagai Naib Presiden, Timbalan Presiden dan Presiden Umno, maka 'cerita sekat menyekat' tidak termasuk dalam fikirannya.


Malahan, dia macam tidak ambil peduli keluhan orang-orang di bawahnya mengenai cerita 'sekat menyekat'.Dia sudah terlalu lama berkuasa, terlalu lama hidup mewah dan terlalu lama dapat berucap di depan ribuan manusia yang sentiasa bertepuk setipa kali dia berucap. Maka, izinkanlah dia meneruskan hobinya itu kerana dia akan terus kaya raya, terus hidup mewah dan satu sahaja yang dia tidak dapat sekarang ini, kembali menjadi Perdana Menteri (dan Presiden Umno) yang pernah parti ini musnah di tangannya.

Mukhriz nafi akan keluar parti julai ini

KUALA LUMPUR 21 Mei — Anggota Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir hari ini menafikan yang beliau akan keluar dari parti sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak meletakkan jawatan Julai ini.


Mukhriz berkata apa yang disuarakan dalam kenyataannya semalam ialah beliau mempunyai hak untuk mengubah pendirian (kekal dalam UMNO) pada bila-bila masa mengikut perkembangan terkini dan beliau tidak menyatakan hanya ada satu cara iaitu keluar parti, sedangkan banyak lagi cara lain yang boleh diambil.

"Saya tidak kata menjelang Julai jika Perdana Menteri tidak berundur, maka saya akan keluar parti,” jelas beliau kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Mukhriz yang juga anggota Parlimen Jerlun berkata Julai adalah merujuk kepada mesyuarat cawangan yang akan bermula dan beliau berharap satu perubahan drastik akan berlaku sebelum mesyuarat cawangan bermula dan bukan mengambil keputusan keluar parti.

Mukhriz, pada sidang akhbar semalam, dilaporkan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak teragak-agak untuk mengubah pendiriannya itu jika sehingga Julai, Abdullah tidak meletak jawatan.

Mukhriz juga menyatakan tidak akan mengikut jejak langkah bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno dua hari lepas.

Beliau berkata tidak perlu keluar dari parti kerana banyak lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan diperjuangkan bukan sahaja untuk parti malah bagi kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin kesal dengan kenyataan Muhkriz semalam dan berkata akan merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Umno.

Dalam reaksinya, Mukhriz berkata, beliau sedia untuk menghadapi sebarang tindakan yang bakal dikenakan terhadapnya dan merasakan proses dilalui sekarang ini akan terus memberikan kekuatan kepada Pemuda Umno.

"Saya tidak akan keluarkan sebarang kenyataan kalau saya sendiri tidak sanggup menerima tindakan termasuk daripada Jawatankuasa Pengurusan,” katanya sambil menganggap kenyataan Hishammuddin itu ekoran daripada salah faham terhadap kenyataannya semalam.

Mukhriz berkata beliau akan menghadiri mesyuarat exco Pemuda Jumaat ini seperti biasa kerana ini bukan kali pertama beliau berdepan dengan kritikan dari kalangan rakan-rakannya sendiri.

pulang ke muka utama