Thursday, May 22, 2008

Apakah hak Tun dalam kerajaan dan UMNO .


oleh:Nor Azma Ithnin (kpmu utara)

Ramai betul yang masih mangambil krisis Tun sebagai satu krisis yang memeningkan ahli UMNO . Kami menerima banyak sms mengesa agar kami menyiarkan hasrat dan perasaan mereka. Ada yang sudah bosan dan mahu kemelut ini ditamatkan segera.


Benarlah Tun adalah negarawan dan pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada UMNO.
Persoalannya , ada yang bertanya , siapa Mahathir dalam UMNO sekarang dan siapakah Mahathir di dalam kepimpinan kerajaan dan UMNO?.


Tun tiada kuasa dan Tun sebenarnya tiada hak untuk mengesa Presiden UMNO dan Perdana Menteri untuk letak jawatan. UMNO Dan kerajaan Malaysia bukan Sdn Bhd yang menjadi hak mutlak Tun.


Tambahan Tun sekarang sudah keluar dari UMNO. Apakah hak Tun untuk mempersoalkan pilihan rakyat dan ahli UMNO, ini sebenarnya adalah hak ahli UMNO dan rakyat. pak Lah telah dipilih oleh rakyat selepas pilihanraya 2004 dan 2008. Jadi apa hak Tun untuk menafikan hak rakyat dan ahli UMNO.


Sms 1. Kami dah bosan, apa hak Tun , suruh dia cerminkan dirinya di cermin ajaib dan tanya , cermin oh cermin apakah aku masih berkuasa.

Sms2. Tidak perlu agung campurtangan. Tun berehat dan biarkan orang lain uruskan UMNO, UMNO bukan hak Mahathir.

sms3. Apakah perlu Tun campuri lagi urusan UMNO , ada baiknya dia keluar dari UMNO dan biarlah kepimpinan UMNO yang tadbir UMNO.

sms4. Kita patut lupakan saja Tun dan biar dia melalut sendiri. jgn jadikan Tun sebagai masalah UMNO dan kerajaan.

sms5: kalau dia sygkan UMNO dia x akan hancurkan UMNO kemudian keluar parti , inikah orang yang bertanggungjawab kpd parti.

sms6: Sack him , mukhriz patut ikut ayahnya ,

sms7: who the hell he think he is, ask him to fly kites and stay away frm our gov affairs , he is no more the PM. we have enough of him.

sms8: Lupakan saja org tua tuh dan masuk peringkat nyanyok , dia bukan boleh bawa UMNO sekali nanti bila .....

sms9: Suruh Tun tanya siapa diri nya dalam UMNO dan kerajaan <>
sms10: UMNO bukan hak milik persendirian , kai dah bosan....bosan ...tel him to staf off dari UMNO....

Inilah antara 10 email yang kami terima yang kami mahu pembaca menilaikan . luahan hati rakyat yang sudah sampai ketahap yang paling membosankan. Fikirkan


31 comments:

Anonymous said...

ala tun..
dah belah tu belah jerkla...
duk hingak apa lagi..
wat parti baru..
wkakakakk

Anonymous said...

tun...
takda hak dah...
dah la tu tun..
masa kamu dah berlalu..
p main ngan anak cucu tuh...

Anonymous said...

Sapa Nor Azma ni!!! x habih2 dgn sms dia... aku pun nak sms kau juga apa no phone kau Azma???

Anonymous said...

kepada cik nor azma ithnin cuba fahami konsep akan Kesetiaan kepada UMNO-dari CHE DET

1. Saya kurang faham dakwaan pemimpin-pemimpin tertentu UMNO bahawa mengkritik atau mendesak Presiden UMNO berhenti bermakna tidak setia kepada UMNO.

2. Tun Razak dan beberapa pemimpin UMNO yang lain telah tidak bersetuju dengan yang di Pertua UMNO Dato Onn Jaafar berkenaan dengan cadangannya untuk buka UMNO kepada semua kaum sehingga Dato Onn terpaksa undur.

3. Apakah sikap dan perbuatan Tun Razak dan rakan-rakannya ketika itu bermakna mereka tidak sayang dan tidak setia kepada UMNO?

4 Pada 1969-71 Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.

5. Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

6. Pada tahun-tahun 1986-7 [Tun] Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan DATO SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI bertindak untuk menjatuhkan saya sebagai Presiden UMNO. Mereka jelas tidak setia kepada saya.


7. Apakah saya tuduh mereka tidak setia kepada parti? Apakah mereka dilarang berjumpa ahli-ahli UMNO? Apakah mereka ditegah berkempen untuk memburukkan nama saya, tidak undi saya? Apakah tentangan terhadap saya dianggap oleh saya dan oleh mereka sebagai tidak setia ada parti?

8. Sepatutnya setelah Dato Seri Abdullah kalah dia tidak diterima masuk UMNO Baru kerana tidak setia kepada saya.

9. Tetapi dia diterima masuk dan dibenar bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi dan kemudian Naib Presiden.


10. Jika saya pegang kepada tafsiran sesiapa yang tidak setia kepada saya tidak setia kepada parti, apakah akan saya lantik sekali lagi Dato Seri Abdullah sebagai Menteri dan kemudian sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan seterusnya.

11. Saya tak suruh ahli UMNO sokong apa yang saya lakukan.

12. Tetapi fikirkanlah akan kewajaran dakwaan sesiapa yang tidak setia kepada Dato Seri Abdullah adalah tidak setia kepada parti UMNO.

13. Apakah UMNO adalah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah UMNO?

14. Jika Abdullah Ahmad Badawi dengan UMNO adalah sama dan satu, maka parti ini bukan lagi UMNO. Apa perlunya saya jadi ahli dalam parti Abdullah Ahmad Badawi?

15. Hanya mereka yang berkepentingan sahaja yang menyebar dan mendokong konsep UMNO adalah Dato Seri Abdullah dan tanpa kesetiaan kepada Dato Seri Abdullah maka ahli tidak setia kepada UMNO.

Anonymous said...

Mukhriz dan rakan dicabar keluar Umno

Pergerakan Pemuda Umno Perak mencabar ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ahli-ahli exco pergerakan yang menyokongnya, supaya keluar dari Umno.

Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin berkata Mukhriz yang juga exco pergerakan bersama-sama dengan anggota-anggota exco yang menyokongnya wajar meletak jawatan dengan segera.

"Kalau begini sifat Mukriz dan rakan rakannya kepada Umno, hanya perjuangan yang penuh prasangka buruk dan jumud, mereka wajar letak jawatan dan keluar Umno," kata Ketua Pemuda Umno Perak Zainol Fadzi Paharudin satu kenyataan semalam.

Beliau berkata Pemuda Umno Perak juga mahukan supaya Jawatankuasa Pengurusan Umno mengambil tindakan tegas terhadap Mukriz dan lain-lain yang terlibat, demikian menurut laporan Bernama

"Umno tidak boleh membiar anggotanya membuat kenyataan sewenang-wenangnya sebegini... Umno adalah sebuah institusi yang bermaruah dan ada integriti, hak milik semua anggota," katanya.

Sementara itu Setiausaha Putera Umno Muhammad Yadzan Mohammad turut mencabar Mukriz bersama penyokongnya supaya keluar Umno.

"Kenyataan Mukhriz berbau ugutan dan menjadi gunting dalam lipatan...kita cabar beliau letak jawatan bersama exco-exco yang terlibat," kata Yadzan yang juga Ketua Pemuda Bahagian Tanjung Malim.

Zainol Fadzi dan Yadzan turut menyokong kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Jawatankuasa Pengurusan parti mengambil tindakan disiplin terhadap Mukhriz.

Mukhriz ketika mengulas tindakan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar daripada Umno baru-baru ini meletakkan syarat sehingga Julai ini untuk Abdullah melepaskan jawatan parti dan kerajaan atau beliau akan bertindak keluar parti.

Anonymous said...

Che det...
You are absolutely correct. Budaya apakah ini yang melanda UMNO sekarang ini. Pemimpin tidak boleh ditegur lansong. khalifah Abu Bakar pun mahu dia di tegur dan rakyat mesti menilai prestasinya.Tapi UMNO tidak boleh ditegur..kerana lembaga disiplin sedang menunggu mereka yg menegur kepimpinan UMNO skrg ini..apa ini.kita dah meluat dgn gaya kepimpinan mereka kenapa mereka tidak faham2..

Anonymous said...

Agak-agak la Tun.. Apa Tun ingat dengan menyuruh Pak Lah letak jawatan... Tun boleh lepas dari hukuman ke? Tun tak boleh lari... kes video klip lingam akan bawa Tun merengkok kedalam penjara. Mukhriz kau dah terlambat...

Harimau Paroi said...

KEPADA LAMAN WEB PRO TUN DIHARAP BLA DARI UMNO... BUAT SEMAK WAT APER..

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

Rakan KPUMaya yang dihormati.

20hb. Mei 2008, genap sebulan Kelab Penyokong UMNO @ KPUMaya ditubuhkan.(FACEBOOK)

Sehingga kini, penerimaan terhadap KPUMaya sungguh amat menggalakkan dengan jumlah keahlian terkini seramai 208 orang ahli. Purata kemasukan adalah seramai 50 ahli dalam seminggu dan saya percaya akan terus bertambah dalam waktu terdekat ini. Tahniah kepada semua.

Sehubungan dengan itu saya mengharapkan agar semua rakan KPUMaya dapat membantu untuk menarik lebih ramai rakan-rakan yang lain turut serta menyertai KPUMaya dengan lebih agresif lagi. Diharapkan dengan keahlian yang besar akan menjadikan suara KPUMaya akan lebih didengari dalam memberikan pandangan kepada isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu, UMNO dan kemaslahatan rakyat dan negara.

Sekian. Sayangkan Bangsa Mu.

Terima kasih.

Harimau Paroi said...

Kau tak paham2 ke!!!! pengampu Tun? berambus la ikut Tun.. apa yang kau orang nak banggakan lagi. Aduh semak betul la pengikut Duri dalam daging ni.

Anonymous said...

dah keluar, dah le..
apa nak kecoh2 lg....

Anonymous said...

AKU TULIS APA AKU PUNYA SUKA

Kesetiaan kini perlu dilihat pada tempatnya. Kesetiaan membabi buta adalah tidak sihat sekiranya kemunkaran berlaku didepan mata dan skrin komputer(blog). Berdasarkan anugerah akal untuk berfikir bukan menjadi hamba kepada nafsu untuk kesetiaan tak berbelah bagi.
Perjalanan UMNO itu sendiri dengan ketua-ketua yang angkuh, berkepentingan peribada mengatasi segalanya dan tidak ikhlas untuk bangsa menyebabkan ramai yang kecundang tahap kesetiaannya. Akar umbi yang tiada berimbuhan hanya ikhlas berbakti akan merasakan ketidakperlunya mereka untuk terus setia 100% sebaliknya 20% atau kurang. Jangan bangga dengan keahlian yang berjuta sekiranya tiada yang setia akibat kecuaian kepimpinan sendiri.
UMNO itu sendiri perlu berubah dari menjadi parti politik yang melahirkan broker-broker semata-mata kepada pejuang bangsa yang tulin. Maaf Tun sekiranya keterlaluan. Please come back to us , the akar umbi needs you a lot not the top leaders who are protecting their self vested interest of any kind.

Anonymous said...

alahai tun...
tun keluar dari UMNO ni sebab nak tutup kesilapan dan kerasukan masa tun memerintah dulu..
Aku rasa Pak Lah lebih tahu perangai tun masa jadi pemimpin...
Bila Pak Lah tak cover tun, itu pasal tun asyik melenting jer..

Anonymous said...

AKU TULIS APA AKU PUNYA SUKA
kepada kpmu news..juak-juak yg kaki pengampu nie akan keluarkan apa saja takrifan dan tafsiran untuk menidakkan fakta-fakta yg telah Tun kemukakan. Hanya pada mereka, cukup sekadar setia pada yg sedang berkuasa sebab org itu akan menentukan hala tuju periuk nasi mereka...ungkapan bahawa kesetian mereka kepada UMNO dan memperjuangkan hak-hak org melayu adalah retorik semata-mata!!! semuanya pembohong..jika benar permasalahan yg dihadapi oleh UMNO ketika ini boleh diselesaikan diperingkat dalaman parti sepertimana kata mereka, kenapa sampai sekarang masih tidak nampak apa2 perubahan yg berlaku dan masih lagi rakyat dan org Melayu khasnya keliru tentang apa tindakan kerajaan untuk memulihkan maruah UMNO dan krisis kepimpinan dalam UMNO sendiri? bukankah UMNO itu cermin kepada bangsa Melayu?? yang ada saban hari adalah sepanduk-sepanduk untuk memuliakan PM dan Presiden UMNO supaya pada mata rakyat Tun adalah salah dan kritikan Tun adalah palsu.

Anonymous said...

Pak Lah is not a charismatic leader. He's made plenty of bad decisions; as we can see the current condition of Malaysia has deteriorated abruptly. The crime rates have increased, racial hatred has increased as well, projects that could benefit the country have been canceled and etc.

Its a hard situation to swallow, from probably the greatest leader ever Dr. M.... to Pak Lah... I knew he wouldn't be able to fill in your shoes. Nor do I think other people in UMNO can as well.

I guess the biggest problem I have is looking at KJ with his greasy hair playing within UMNO beyond his jurisdiction. I'd have a problem if a new person like him, who promotes mat rempitism (dumbest move ever), dictate plenty of the decisions within UMNO.

UMNO seems like a gone case. And that's unfortunate and sad. If only people could step up to the plate, give us rakyat back the confidence that we once had in our leadership.

I hope that one day my generation (mid twenties), could do something about Malaysia's current condition. But the journey is still far ahead...

LIM SIEK KIANG

Anonymous said...

Pada AKU....
1)Ape-ape yang Tun cakap memang betul dan tak ada cacat cela

2)Pak Lah cuba mengumpul sokongan majoriti supaya dia tidak hilang kerusi sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri

3)Dengan sikap 'tak bole kritik' kepada kepala parti, nampak jelas sekali Pak Lah sendiri tak yakin dengan kewibawaan beliau

4) Bukan macam zaman Tun dulu, Tun tak takut orang menentang Tun, Tun tak takut orang kritik dan maki hamun Tun, sebab Tun ada alasan munasabah dan pendirian teguh, tak ada sesiapa yang bole racun fikiran Tun.

5) Dengan ini kami sendiri nampak, siapa yang paling berwibawa untuk meneraju kerajaan Malaysia

6) Semua orang tau akan kisah kisah lampau beberapa pemimpin UMNO yang menentang, menolak dan cuba menjatuhkan Tun, tapi tak ada pun Tun kenakan tindakan disiplin ker, buang parti ke, malahan Tun mnlantik mereka semula dan membolehkan mereka meneruskan karier politik mereka. Sebahagiannya adalah seperti yang Tun cakapkan diatas

6) Ahli dan pemimpin UMNO hari ini bukan lagi seperti dulu, Pak Lah dari mulanya sudah mengamalkan procedure 'tak boleh lawan tauke' sebab takut akan kewibawaan beliau tercabar dan mungkin beliau akan hilan kuasa atau di rampas oleh orang yang lebih bagus.

7) Dengan ini, selain menanamkan idea dan sikap 'Yes Sir' Pak Lah jugak membawa masuk konco konconya, dan jugak ahli keluarga dia. Dengan ini dia tahu, dia mempunyai ramai yang menyokong beliau, dengan itu tak senang sesiapa cuba untuk menjatuhkan beliau.itu lah DSAB

Anonymous said...

Aku dulu pro Tun juga... tp kini tidak lagi.. kerana aku sudah jemu dan bosan dengan sikap angkuh Tun.

Pertama kali aku sakit hati bila Tun kenakan Anwar.. disitu aku lihat melayu berpecah..

Sekarang sekali lagi Tun nak buat melayu berpecah...
Macammana melayu nak maju...

Bangsa asing gelakkan orang melayu bercakaran sesama sendiri.

Anonymous said...

Bagi aku sesiapa yang menentang Pak Lah orang itu adalah penderhaka pada parti Umno...Hidup Pak Lah!!!!

Anonymous said...

Aku pun sama!!! Hidup Pak Lah... Kojolkan Tun dan kroninya...

Anonymous said...

woi geng mamak kau bukan kroni Tun ker?????

Anonymous said...

Korang tahu tak kat rumah Tun ada tokong budha... sesiapa boleh tolong jelaskan cerita ni.

Anonymous said...

22 tahun Tun jadi PM , jangan tipu Tun tak buat salah, Tun adalah jenis pemimpin yang bersifat kuku besi dan tidak boleh mendengar pendapat orang lain dan tidak boleh orang lain lebih bijak dari dia. Ada baiknya sifat sebegini kerana dia in command, (kuku besi) itu lah sewaktu pemerentahan beliau , beliau pernah digelar mahafiraun, mahazalim dan macam -macam maha lagi, tapi hari ini Tun tidak punay kuasa lagi, tun perlu lihat di cermin dan tanya , mirror mirror who is in power now.

Tun juga tidak boleh dikritik terus melenting tetapi boleh pula mengkritik , nanti saya siarkan jawapan tun bila di kritik. He has to buck off now. it' s all umno affair.

Kepimpina Pak lah bukan tidk boleh dikritik , dah banyak pun kritikan. Kepada yg tak faham siapa kata mendesakl pak lah turun dikatakan tak setia. pak Lah tak mahu turun kerana keadaan UMNO yang perlu diperbetulkan , itu hak Pak lah, Hak you all mendesak, hak pak lah tak mahu turun, yang tak setianya adalah menghentam pemimpin UMNO hingga memebrikan ruang kepada pembangkang. Pembangkang tak perlu kerja keras kerana anda telah bekerja untuk mereka. dulu masa tun di cerca dihina , kita juga berdiri teguh dibelakang beliau kerana allahyarham tun hussein dan allahyarham Tengku tak sebebal Tun menghina beliau atau menghentam beliau. mereka menelan sahaja apa yang tun lakukan sehingga hampir punah ranah umno , mereka tak campur, kerana mereka bukan se sibuk tun atau se haprak tye way tun ambil UMN O macam sdn bhd. Apa tun ingat pak lah dan pemimpin lain ini bodoh sangat dan hanya tun dan mukhriz yang bijak yang boleh handle UMNO. Orang lain tak boleh, Go to hell with them , UMN O is no more Tun punya blady business. Dia sayangkan UMNO ke? atau nak jaga periuk nasi keluarga. Dulu dia juga bail out mukhzani 700 juta, kenapa tak siapa yang bersuara. sbb pepole dont care atau tak sekecoh tun. percayalah , ask him to shut up , UMNO will be OK.

Anonymous said...

Kawan-kawan seperjuangan Umno... Apakata kita pakat-pakat halau Mukhriz keluar dari Umno.

Mukhriz dah melampaui batas. Kurang ajar... Tak dengar cakap bapak dia.

Anonymous said...

Wahai sahabat-sahabat ku sekalian... bawa bertenang. ini bukannya cara untuk kita menyelesaikan masaalah.

Tun terlalu banyak jasanya di bumi yang bertuah ini.Mungkin keputusan yang Tun buat ada sebabnya. Janganlah kita sesama kita bercakaran kerana Tun dan Pak Lah. Ingatlah para sahabat Tun banyak berjasa dan jasa Tun tetap dikenang.

Anonymous said...

Apa pula jasa Mukhriz selama ini. NOTHING... nak bertanding baru buat kecoh tak tentu pasal...

Unknown said...

Dalam satu keluarga, kalau seorang datuk menegur/memarahi anak-cucunya tentang satu-satu kesilapan, adakah wajar teguran datuk itu disambut dengan tindakan yang kasar?

Katalah teguran datuk itu kurang tepat, wajarkah anak/cucu 'main kasar'?

Sekarang, anak/cucu sudah main kasar, datuk terasa hati lalu membawa diri. Tak kesian ke anak/cucu pada datuk itu?

Ingatkah lagi ungkapan dalam satu iklan dulu..."ATUK JANGAN LUPA PAKAI LAMPIN TAU...!"

Anonymous said...

Kami Generasi muda yang menajdi silent majoriti yang mengundi UMNO sudah bosan dengan cara Tun dan kami tidak mahu lagi UMNON bertambah parah. Jika tak suka kan kepimpinan UMNO tunggu dan selesaikan pada peringkat pemilihan UMNO. Bertandinglah . Ini belum bertanding sudah angkat tangan dan keluar dari UMNO dan kata Pak Lah akan meneng tanpa bertanding. Kalau macam itu bermakna Pak Lah masih diperlukan oleh ahli UMNO. Suara majoriti dalam UMNO counts. Bukan caci dan cerca dalam program -program dan hasut ahli UMNO keluar parti. looser..... Malangnya suara rakyat dan masage yang rakyat beri menolak seruan Tun patut sudah jadi batu loncatan untuk Tun memahami bahawa ahli UMNO tidak setuju dengan Tun, sorry for u man.

Anonymous said...

dah keluar. tak berhak langsung!

Anonymous said...

Siapa cakap rakyat pilih pak lah? Buat PRU la kalau berani?

Anonymous said...

Hanya ahli UMNO berhak mempertikaikan kepimpinan UMNO dan Dr Mahathir hilang haknya apabila dia keluar parti. so stop the nonsense.Tindakannya mengajak ahli-ahli UMNO turut keluar parti adalah sesuatu saranan yang tidak dapat diterima akal.bukankah tindakan itu akan melemahkan parti sekiranya ramai ahli UMNO keluar parti? Apakah UMNO akan terus menjadi kerajaan sekiranya ramai ahli parlimen UMNO keluar UMNO dan jadi BEBAS? Apakah UMNO akan kembali menjadi kerajaan setelah Pak Lah terpaksa berundur dari jawatan PM kerana UMNO hilang kerusi di Dewan Rakyat? BN akan hilang kuasa jika UMNO rebah.Buat kira-kira dulu sebelum nak cakap apa-apa pun... jangan main sedap cakap saja. Natijah dari percakapan kita perlu kita teliti terlebih dahulu. UMNO akan tetap UMNO tanpa paklah ataupun mana-mana pemimpin. UMNO bukan paklah dan paklah bukan UMNO. UMNO parti untuk bangsa Melayu bukan untuk paklah seorang ataupun untuk Mahathir seorang.

PERSOALAN YANG PALING BESAR YANG SEMUA TAK KIRA ORANG UMNOKA, RAKYAT KA PERLU TANYA IALAH KENAPA MAHATHIR MARAH SANGAT PADA PAKLAH??PASAL POLITIKKAH, PASAL PAKLAH UBAH DASAR YANG MAHATHIR BUATKAH ATAU PASAL PERKARA LAIN YANG KITA TAK TAHU HANYA DUA ORANG TU SAJA YANG TAHU?? MUNGKIN PASAL DUITKAH, ATAU PASAL PESAKA YANG TAK JADIKAH??

Mungkin ramai yang dah terlupa bahawa pergeseran dan kritikan Mahathir terhadap paklah bermula apabila paklah membatalkan pembinaan jambatan bengkok menggantikan tambak Johor dulu dan melarat menjadi kritikan dan serangan melampau terhadap Paklah.Sehinggakan masa pilihanrayapun Mahathir tak hentikan sewrangannya terhadap Paklah sehinggakan membawa kepada kehakisan kuasa politik UMNO.Serangan Mahathir menampakkan kesungguhan beliau untuk menjatuhkan Paklah sebagai PM dan Presiden UMNO walaupun sehingga mengorbankan kerusi-kerusi UMNO dalam PRU.

PERSOLAANNYA: APAKAH KEPENTINGAN MAHATHIR DAN KELUARGANYA DAN SUKU SAKATNYA DALAM GERBANG PERDANA??

Matthias Chang dulu pun hentam Paklah dan mempertahankan Mahathir walaupun dah pencen dari jadi SUP Mahathir! There must be something...personal interest kut? yang pasti Vincent Tan ada hun dalam projek tersebut..

Apa yang dapat dilihat dari kemelut yang dilalui UMNO pada hari ini ada hubungkait dengan kepentingan ekonomi peribadi melebihi kepentingan politik bangsa.mahathir marah kat paklah kerana kini suku sakat paklah yang duk kaut kekayaan. biasa lah tu. dulu zaman che det suku sakat dia yang duk kaut. esok zaman najib suku sakat najib pula duk kaut.adat manusia dan dunia.pasal apa nak mengamuk bila suku sakat dah tak dapat nak kaut kekayaan.Nak kalut apa Mahathir, anak-anak semuanya dah kaya-kaya. hingga tersenarai antara orang terkaya di negara. bagi la peluang orang lain pula.

Mahathir nak keluar UMNO kita yang lain nak kalut buat apa. Let him be.Onn Jaafar yang tubuh UMNO pun keluar UMNO bila orang UMNO dah tak pakai cakap dia. Hussein Onn pun ikut sama. Tunku pun keluar UMNO lepas kena desak letak jawatan PM dan Presiden. Presiden yang tak keluar UMNO hanya Tun Razak, itupun pasal mati dalam jawatan. Mahathir keluar UMNO biasalah. Orang tua memang macam tu mudah merajuk.Dulu dia lepas jawatan Presiden dan PM kerana kata dia dia GAGAL nak ubah Melayu. dia bagi kat paklah. Lepas tu dia marah kat Paklah pula. Dia ajak semua orang marah kat Paklah.Dia ajak dan suruh orang UMNO lawan Paklah, dia ajak dan suruh orang UMNO desak Paklah letak jawatan. Paklah buat bebal dia. Tak berganjak pun. yang ikut cakap Mahathir nak lawan Paklah cuma KULI seorang saja.KULI nak lawan Paklah, Mahathir kata tak layak pula.Dia buat dan kata macam-macam, cucuk sana, cucuk sini, kut-kut ada orang nak ikut cakap dia tapi sehingga kini tak ada pun. Bila orang PAS cabar dia keluar parti dia ikut pula...apa ni. Mungkin dia dah rasa kut bahawa orang UMNO dah tak heran dengan cakap dia. Orang UMNO memang sayang dengan UMNO sebab tu tak keluar UMNO. Hero sebenar tak lari dari perjuangan, tunggu dalam gelanggang bukannya keluar gelanggang dan kemudiannya buat bising luar gelanggang.Kalau difirkan balik perangai Mahathir dengan Anwar Ibrahaim lebih kurang sahaja. Masa berkuasa UMNO semuanya baik belaka. Bila dah keluar dan tak laku macam-macam kata kat UMNO dan pemimpin UMNO.Elok juga Mahathir bawa sekali Mukhris keluar UMNO.kurang satu kerusi UMNO dalam Parlimen lebih baik dari ada tapi tak bagi menafaat.boleh duduk sebelah Brahim Ali dalam Parlimen. Ibrahim pun boleh ganti. sekurang-kurangnya Brahim Ali pejuang Melayu..saki baki nasionalis Melayu yang berani walaupun ramai tak suka cara dia. Mukhris ingat dia tu hebat sangatka? kalau nama dia Mukhris bin Awang ka; tak dak sapa nak sokong dia jadi EXCO Pemuda UMNO.Nasib baik bin Mahathir boleh menang jadi EXCO Pemuda. Orang UMNO memang macam tu, semangat feudal tak pernah hilang. Kalau mak pak orang kuat UMNO, anak pemimpin gerenti dapat tempat dalam UMNO. kalau dari golongan marhain boleh mimpi sajalah...

Saya pun ahli UMNO. Dah jadi ahli sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1988 oleh Mahathir. Saya dah meluat tengok gelagat pemimpin UMNO masakini. Yang diperjuangkan temolok sendiri sahaja. Kepentingan jawatan sendiri sahaja jadi keutamaan. Dulu sokong kuota kerana beri keuntungan peribadi, bila menjadi kekangan terhadap cita-cita peribadi minta dihapuskan.kalau kita berpengaruh dan kuat sokongan kita akan dapat pencalonan dan sistem kuota akan menjadi imbuhan. kalau kita memang tak kuat dan tak ada sokongan macamana nak dapat pencalonan. jangan salahkan sistem yang kita dulu sokong bila ia tidak memberi keuntungan kepada kita... tak apa boleh pakaI duit BELI PENCALONAN. oRANG umno MEMANG SUKA DUIT. Salah satu kejayaan DEB ialah mempertingkatkan keinginan orang Melayu untuk mengecap KESENANGAN dan jadi KAYARAYA.

Kesimpulannya, MAHATHIR boleh bawa pemikirannya yang makin bercelaru bersama anak beranak dan suku sakatnya keluar UMNO, dan tinggalkan UMNO kepada orang UMNO yang ingin melihat UMNO terus kuat dan terus berjasa kepada Bangsa Melayu.

Anonymous said...

banyak2 blogspot, inilah blogspot yg terbodoh penah sya baca...dipenuhi bloggers pro paklah yg bertaraf mat rempit...sakit ati membacanya..saya agak blogspot ni dibarisi oleh tidak lebih dari 15 ahli yg kerjanya menulis tanpa berfikir..walaubagaimanapun, ia tetap melambangkan kebodohan blogspot ni..