Wednesday, May 21, 2008

Muhyiddin Yassin bermuka - muka


Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin juga terrsepit dan cuba mencari jalan keluar apabila Tun membuat keputusan yang berat , sepatutnya Muhyidin Yassin juga patut memikirkan sama ada mahu mengikut jejak Tun.


Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan parti itu semalam sebagai "kritikal".Muhyiddin juga berkata tindakan Dr Mahathir itu "pastinya akan membawa kesan kepada beberapa pihak, maka anggota Umno perlulah berhati-hati supaya perpaduan orang Melayu tidak akan terjejas", lapor Bernama dari New York.

"Kalau semua orang mengambil tindakan sebegitu maka tiada orang lagi dalam Umno. Siapa yang nak berjuang untuk orang Melayu?

"Bagaimana kepimpinan kita dalam Barisan Nasional dan kerajaan?" beliau dipetik sebagai berkata sebagai mengulas ura-ura anggota Umno cawangan di Johor bakal mengikut jejak Dr Mahathir.

Melahirkan perasaan terkejutnya dengan keputusan bekas presiden Umno itu, Muhyiddin menasihati anggota Umno supaya tidak tergopoh-gapah membuat keputusan yang boleh merosakkan parti, kedudukan orang Melayu dan negara.

Beliau berkata tindakan perlu diambil secara bijaksana dan berhemah supaya keadaan tidak bertambah buruk lagi.Muhyiddin, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kepada pemberita selepas seminar Peluang Perniagaan Malaysia-Amerika Syarikat di negara itu semalam.

Beliau juga dilaporkan berkata, penting bagi anggota Umno menjaga keselamatan parti dan kedudukan orang Melayu kerana "parti komponen BN akan hilang keyakinan jika Umno terus bergolak."

"Kalau ada mesej daripada tindakan yang memeranjatkan ini, apa yang perlu dibuat adalah melalui proses demokrasi dalam parti melalui musyawarah, muzakarah dan perbincangan.

"Kalau mereka tidak puas hati ada caranya seperti proses pemilihan parti. Di situ ahli parti boleh memberikan cadangan yang perlu dibuat untuk menyelesaikan kemelut di dalam Umno," katanya seperti dilaporkan.

6 comments:

Anonymous said...

Tak sabar lagi Muhyidin Yasin mahu berikan komen, mungkin beliau juga yang selama ini sembunyi dan main tarik tali telah nampak akan masa hadapan beliau dimana beliau juga telah nampak impact kepada keputusan Tun di mana ahli UMNO langsung tidak panik dan tidak pula memberikan respon yang memberangsang sepertimana yang diharapkan oleh penyokong Tun. Mereka yang menddesak kepada kepimpina pak Lah untuk melatakan jawatan telah mula sedar bahawa tidak semua ahli UMNO yang mengikuti kehendak individu Tun.

Anonymous said...

Tinggi sangat cita-cita Muhyidin ni dan tak sabar sangat nak naik jadi Timbalan perdana menteri , kita tunggu sahaja pemilihan ini kita lihat bagaiman ahli UMNO menghukum beliau. Kebanyakan ahli UMNIO sekarang hanya berdiam diri dan melihat sahaja gelagat mereka. pesanan round pertama dan kedua telah pun mereka sampaikan kepada Tun apabila ahli UMNO tidak mengikut kehendak tun untuk tinggalkan parti dan kemudian semua MP menyokong Pak Lah dan ahli parlimen tidak lompat parti malahn sokongan sabah dan sarawak bertambah padu kerana tun juga telah membawa hikmah apabila kelaur dari parti

Unknown said...

Muhyidin bermuka-muka. Manusia dianugerahkan muka. Maka sesekali bermuka-muka apa salahnya? Adakah hanya Muhyidin sahaja yang bermuka-muka? Lihat muka Pak Lah, lihat muka Najib, lihat muka semua orang termasuk muka kita sendiri. Semuanya sama saja... 2x5 bermuka-muka. Manusia akhir zaman memang suka bermuka-muka.

bluessmurf said...

oportunis akan mengintai peluang.

bluessmurf said...

walau peluang diintai, sarang tebuan tidak sekali-kali beliau goncang.

berani. takut. berani takut.

Muhyidin Yassin, perbaikilah mana yang tersilap. bukan niatku utk menegur....lu pikirlah sendiri!

Anonymous said...

Pemimpin umno "in denial" bahawa mereka "in denail" tentang kegagalan Umno dalam pilihanraya 12. Itulah sifatpemimpin melayu yang sememangnya susah untuk mengaku kekurangan diri dan susah untuk muhasabah diri.

Ramai dari pemimpin umno yang ada sekarang ini bersifat "Yes Sir". Saya yakin kalau saya katakan bahawa paklah takkan baca blog tun ini. Kerana paklah ini bukanlah orang yang rajin membaca. Lebih mengharapkan maklumat lisan. Paling malas mencatat maklumat, semuanya harapkan orang-orang di menyogok maklumat kepada beliau. Susahlah nak memimpin negara kalau begini. jauh sekali berbeza dengan Tun yang suka tulis pada buku kecil.

Jadi bila mendapat maklumat bersifat sekunder ini, maka hasilnya pasti juga bersifat sekunder. Begiutlah juga tanggapan paklah kepada hasil pilihanraya, facts and figures seharusnya menjadi rujukan kepada beliau untuk menilai keputusan pilihanraya. Mungkin beliau kurang berminat kepada angka-angka, ataupun kurang faham. Seingat saya sewaktu saya belajar dan mengajar di Universiti Malaya, pemprosesan maklumat adalah subjek wajib universiti. Mungkin paklah belajar korikulum lama agaknya.

Oleh kerana sifat ini, beliau akan selalu bertanya kepada tuan-tuan penasihat. Sudah tentu penasihat-penasihat ini akan kata bahawa paklah masih popular, keputusan paklah pastinya sentiasa betul. Kalau ada pun, seorang dua je pemimpin tertinggi umno yang berani bersuara. Yang lain, gerenti angguk punnya.

DS Adnan Yaakob yang mcm "bad boy" tu mungkin berani kritik secara dalaman. Tapi paklah nak dengar ke cakap dia. TS Muhyiddin yang berani bersuara, tetapi hanya 4 bahagian umno sahaja yang buat EGM. Bahagian lain mana? Belum berani manyatakan keberanian untuk mengokong TS Muhyiddin?

Kalau ada yang berpendapat bahawa umno perlu mengukuhkan parti sekarang dengan menyokong penuh pada paklah, amatlah tidak bijak mereka itu. Pasca awal pilihanraya inilah masanya untuk membetulkan apa yang silap. Membuang apa yang kotor, pilih yang betul dan tegap je, yang lembik buang. Setelah selesai proses pertukaran, barulah boleh nak kayuh laju-laju. Menangi hati rakyat, dengan wajah baru, pucuk pimpinan baru

>>>kiah<<<