Friday, May 23, 2008

PM minta rakyat terima keputusan ICJ

TOKYO 23 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua rakyat Malaysia terutama penduduk Johor menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memutuskan Pulau Batu Putih milik Singapura.
Perdana Menteri berkata, walaupun beliau sedih dengan keputusan tersebut tetapi menerimanya kerana ia dibuat melalui persefahaman bersama Malaysia-Singapura selepas kedua-dua negara bersetuju membawa pertikaian itu ke ICJ pada 1993.

Bagaimanapun, beliau melihat situasi menang-menang dalam keputusan tersebut kerana Malaysia diberi kedaulatan ke atas Middle Rocks sementara South Ledge pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia terletak.

“Menang pun tak menang semua, kalah pun tak kalah semua. Itulah keadilannya. Saya tahu rakyat Malaysia terutama penduduk Johor akan ada yang emosional mengenai keputusan ini.
“Kita perlu ingat bahawa keputusan ini dibuat secara aman dan adil. Keadilan itu mestilah diakui,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas keputusan ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih hari ini, Perdana Menteri yang sedang melawat Jepun menegaskan, satu langkah segera akan diambil untuk memastikan kedudukan sempadan South Ledge yang belum ditetapkan pemiliknya.

“Kita akan mengambil tindakan-tindakan seterusnya untuk menentukan garis-garis sempadan di kawasan perairan berkenaan,” katanya.

Beliau yakin South Ledge adalah milik Malaysia.
Dalam pada itu, Abdullah memberitahu, beliau akan menghadap Sultan Johor, Sultan Iskandar Sultan Ismail untuk memaklumkan mengenai keputusan tersebut.
“Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim juga akan menghadap sultan dan akan memberi penerangan kepada rakyat selepas ini,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Singapura mengenai keputusan itu, Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut tidak perlu dilakukan.

“Rais akan berjumpa rakan sejawatannya di Singapura untuk menentukan tindakan-tindakan yang akan diambil dalam perkara ini,” katanya.

Menjawab satu soalan yang mengaitkan keputusan tersebut dengan kepimpinan beliau, Abdullah berkata, beliau pasti selepas ini ada pihak akan mempertikaikan kewibawaannya.

“Ini perkara biasa. Dengan keputusan mahkamah itu, nanti ada macam-macamlah. Orang yang tidak suka kita akan marah kita.

“Tetapi saya ingin jelaskan bahawa pasukan yang membawa kes ini ke ICJ adalah pasukan yang sama semasa kita menang dalam kes Pulau Sipadan dan Ligitan dulu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pakar dan pegawai Malaysia yang terlibat membuat persediaan membawa kes itu ke ICJ.

7 comments:

Anonymous said...

amacam , kita serang saja singapura ini.Ada berani ka....

Anonymous said...

Betulah , kegagalan kita adalah kern kelemahan Pak Lah, Pak lah dah pintas awal-awal, jika Tun yg menjadi PM tentu sekali kita akan menang. Tgk lah pulau simpadan kita menang.

Anonymous said...

Pembohong...
yag menghakiminya yahudi mabuk...
tu dpt kat singapore..
bakn slah pak lah..
sial punya china ngan yahudi mabuk..

Anonymous said...

Pertkaian antara dua atau lebih kumpulan untuk menunt hak mutlak ke atas sesuatu kawasan boleh dilakukan menerusi berbagai cara. Paling terhormat dan bertamadun ialah menerusi khidmat orang ketiga yang berkecuali pendiriannya dan dalam kes batu putih, ia telah dibawa ke mahkamah timbangtara ICJ.

Majoriti rakyat telah bersetuju untuk menggunakan pendekatan ini. Rakyat tidak pernah berarak dijalan-jalan raya bagi menentang keputusan untuk membawa isu Pulau batu Putih ke ICJ. Rakyat berpendapat itu sajalah jalan terakhir yang dapat menghentikan tuntutan bertindih agar ia tidak terus menimbulkan 'perang dingin' yang berpanjangan antara dua negara.

Setelah ianya dipersetujui makanya adalah rasional untuk setiap pihak akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh ICJ sebagai sesuatu yang adil dan perlu dihormati. Tak perlulah pahat terus membuat bunyi sekiranya rumah telah pun siap dibina.

Dalam apa jua pertandingan ada pihak menang dan ada pihak yang kalah. Itulah adat dan budaya pertandingan yang menjadi ikutan sejagat. Ia perlu diterima seadanya. Berani bertanding, bersedialah menghadapi kemungkinan-kemungkinannya.

Namun, seperti lazimnya, dalam banyak jenis pertandingan akan ada individu dan kumpulan yang tidak berpuas hati. Mereka sentiasa ada alasan yang tersendiri untuk tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka telah kalah.

Bagi mereka yang kalah perlu dilabelkan sebagai golongan yang 'lemah' tidak cekap dll lagi. Sementara pada yang menang dituduh sebagai bermain kotor dan penipu.
Hanya pendapat mereka saja yang betul dan dalam masa yang sama memaksa orang lain untuk menerima pendapat mereka.

Bagaimana harus kita layan sikap yang sebegini dalam kalangan kita?
Hendak dibuang ke darat harimau pun tak sudi membahamnya ; dibuang kelaut takut jerung pun tak sudi memakannya. Habis nak buang kat mana ya?

Anonymous said...

paklah boleh blah.. xleh nak harap... kalau engkau seorang PM yang bertanggungjawab,engkau tuntut balik pulau itu..ntah2 paklah pun xtau pulau batu putih tu macam mana.... bodoh...

Unknown said...

Kalau PM nak terima keputusan ICJ biar dia terima sorang2. Saya tak mau terima keputusan tu.

Kalau main bola memanglah boleh kata resultnya kita menang 2-1, tapi hakikat sebenar kita kalah 3-0! Target sebenar S'pork ialah BATU PUTEH, mereka dah dapat apa yg diidamkan. Kit cuma dapat baki batu yg 2 bijik lagi tu.

Saya tidak marah pada S'pork tapi saya marah kepada PM Malaysia yang (*** tuuuuuuuuuut ***)!

Anonymous said...

the rule law
what is "THE RULE OF LAW" in Malaysia ? Malaysians are lost in the rules of biased law today.

Malaysia BN government has failed miserably to protect the soverignity of PULAU BATU PUTIH from falling into the jurisdiction of a small state, Singapore.

Furthermore, the illegal immigrants problem in Sabah posed serious danger to the local Sabahan today.

We read a good feeback comments on the said issues as below for TUN attention.

What is your view and comments the said topics? TUN, please enlighten Malaysians on both issues.

===========================
Singapura dapat PULAU, Malaysia dapat BATU, adohai Pak Lah sungguh malu tambah sedih. Apa sudah jadi kepada pemimpim pemimpim kita yang tergadai tanah air Malaysia di tangan negara kecil seperti Singapura. Semacam Harimau Malaysia sudah hilang taring kepada Singa"pura". Padahal rakyat Malaysia faham Singapura pasti menang di ICJ sebab sebab kelemahan kelemahan kerajaan BN menjaga semua pulau pulau diseluruh Malaysia, Sabah dan Sawarak. Oleh itu Singapura mengambil kesempatan tolong menjaga Pulau Batu Puteh yang langsung kerajaan Malaysia tidak ambil perhatian selama 100 tahun ini.
Adohai, Pak Rais Yatim bilang Malaysia dapat BATU Tengah (Middle Rocks) dalam kedudukan "WIN WIN" untuk "console" sendiri dari muka malu serta kemarahan rakyat terhadap beliau yang kalah ditangan peguam peguam handal dari Singapura. Patut Pak Rais mesti bertanggung jawab berat atas kehilangan Pulau Batu Puteh dimana beliau bilang Malaysia pasti menang sebelum ini yang amat mengelirukan Raja-raja Melayu dan rakyat Malaysia.

Syabas kepada kerajaan Singapura yang sungguh bersih, cekap dan amanah yang dihormati oleh ICJ. Ini pasal kata pepatah Melayu, "lembu punya susu, sapi dapat nama".

Rakyat Malaysia menyokong Saudara YB Lim Kit Siang menyoal pasal pendatang tanpa izin (illegal immigrants) yang sangat banyak melebihi penduduk penduduk tempatan Sabah. Oleh itu, Projek IC yang dilancarkan oleh kerajaan Sabah agak lemah. Oleh itu, rakyat Malaysia termasuk Sabah amat risau bahawa negeri Sabah kita tergadai di tangan penduduk penduduk perlarian tanpa izin yang berjuta juta kini di Sabah. Apakah kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak tidak risau pasal kedudukan keselamatan dan kehormanian rakyat Sabah kini. Lambat laun, rakyat Malaysia bimbang negara Indonesia atau Filipina akan pergi ICJ supaya Sabah dituntut oleh rakyat tanpa izin di kedua dua negara tersebut. Mana tahu, penduduk penduduk tempatan Sabah akan hilang di bumi Sabah and tanah Sabah akan tergadai pulak.

Rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat dan PBS supaya menyuarakan di Parliamen untuk penubuhan Royal Commissions oleh Yang DiPertuan Agong bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu isu pendatang tanpa izin dari Indonesia dan Filipina di Sabah serta menjaga kedaulatan dan kewibawaan negeri Sabah dan negara Malaysia. Rakyat Malaysia tidak kira kaum, ugama, fahaman politk dan social patut bersuara kuat dalam isu isu ini supaya kerajaan BN masih tidak sedar genting genting bahaya nya kedudukan social di Sabah kini kalau tidak diambil perhatian serius oleh semua MP di Parliamen. Bukan saja kita bilang hak-hak Bumiputra dan hak hak bukan Melayu di Sabah hilang di tangan pendatang tanpa izin di masa akan datang kalau kerajaan Malaysia masih tidur nyenyak selama 50 tahun dan akan tidur selama 50 tahun lagi.

Jangan pulak, Orang tanpa izin dapat tanah Sabah, Orang tempatan dapat sejarah Sabah, Negeri Sabah kita tergadai tak lama lagi.

Selamatkan Sabah sekarang sebelum terlambat. Insyaallah !

Dari Rakyat Malaysia, Sabah, Sawarak dan
Anak Bangsa Malaysia.

ADIPUTRA