Friday, May 23, 2008

Ezam tidak patut diberikan layanan istimewa dalam UMNO


Oleh: Kronik

Hasrat Ezam untuk menyertai UMNO telah kita dengar sebelum pilihanraya lagi dan hari ini kita mendapat berita bahawa Ezam hampir dekat menyertai UMNO . Apakah Ezam akan kembali kepada UMNO kerana tidak yakin lagi kepada perjuangan UMNO atau Ezam tidak mempunyai pilihan lain selain dari UMNO dan merasakan diri tengelam jika hanya duduk bumbung NGO.


Mungkin berbagai reaksi akan timbul dikalangan ahli UMNO , ada yang berpendapat bahawa Ezam boleh menyertai UMNO tetapi hanya sekadar ahli biasa dan Ezam tidak patut diberikan keistimewaan kerana sejarah telah mencatatkan Ezam adalah salah seorang yang pernah mengecam UMNO. Mengapa UMNO perlu memberikan Ezam hak keistimewaan?


Kiat boleh menerima Ezam kembali kerana kita juga tahu akan alasan mereka seperti semua kawan-kawan rapat Anwar yang kini tidak sehaluan dengan perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim. Mereka seperti Chandra Muzafar , Nalakarupan , semuanya kini telah meninggalkan Anwar Ibrahim.


Hanya yang dapat kita katakan kepada Ezam ialah , Selamat Kembali dan kepada Azmin Ali , bila mahu pulang ke pangkal jalan.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau dah Ezam sendiri tak boleh setuju dengan perjuangan Anwar ibrahim yang lain tuh apa lagi tunggu. Ezam adalah merupakan orang kuat yang mempertahanka Anwar Ibrahim dahulu,tapi Ezam tidak lah sampai ketahap memuja Anwar Ibrahim seperti Azmin Ali.Azmin Ali sanggup mengenapikan kata-kata mengenai isterinya yang ada hubungan dengan boss nya. Tak mungkin tiada angin bertiup , pokok akan bergincang

Anonymous said...

BUAT UMPAN BOLEH...PERCAYA JANGAN

AIDC said...

Salam

Siapa taja Anwar PRU 12 ?

Video 6- Siapa taja Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Anonymous said...

ezam mesti ada muslihat..tp kita tak boleh tuduh dia.
my b dia ikhlas..
Tuhan jerk yag tahu..